KUALI | Pastri

Hanya guna roti canai segera, ini cara mudah buat Nutella Twist di rumah

Lead Image

BAGI anda yang suka bersarapan dengan roti canai segera, apa kata kali ini cuba sesuatu berbeza iaitu Nutella Twist.

Kalau biasanya roti itu dinikmati bersama kari, kali ini kita ubah gaya dengan versi manis memikat selera.

Roti canai yang rangup bila dibakar, dipadankan pula dengan sos coklat jenama Nutella lembut dan kaya rasa koko.

Resipi ini juga sangat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk anda yang bersiap di pagi hari.

Hanya menggunakan bahan ringkas, anda sudah boleh hasilkan Nutella twist enak menggunakan resipi berikut:-

Roti canai rangup dibakar dan dipadankan dengan sos coklat pekat.

Bahan-bahan

  • 2 keping paratha
  • Nutella secukupnya
  • 1 biji telur (untuk egg wash)
  • Sedikit gula 
  • Sedikit serbuk kayu manis

MENARIK DIBACA: Hanya guna kulit roti canai segera, ini cara mudah buat Portuguese Egg Tart

MENARIK DIBACA: Dari baguette ke kare pan, kenali 7 jenis roti popular dunia dan kisah di sebaliknya

Cara penyediaan

  1. Canaikan sedikit 2 keping paratha supaya lebih leper.
  2. Ratakan Nutella di atas satu keping paratha.
  3. Tepekkan satu lagi keping paratha di atasnya.
  4. Potong paratha menjadi beberapa jalur dan pusing (twist) setiap bahagian.
  5. Sapukan telur yang telah dipukul di atas permukaan untuk lebih keemasan selepas dibakar.
  6. Taburkan sedikit gula dan serbuk kayu manis untuk rasa manis dan tekstur garing.
  7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga keperangan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Gabungan sos bolognese dan keju bangkit selera, piza tanpa doh resipi Tiktokers ini kena cuba

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Kena cuba resipi bebola labu manis Adikfoods, memang tak cukup sepinggan!

Terhangat