KUALI | Pastri

Gabungan sos bolognese dan keju bangkit selera, piza tanpa doh resipi Tiktokers ini kena cuba

Lead Image

JIKA anda teringin nak makan pizza tapi dalam versi saiz yang lebih kecil, pizza gulung adalah pilihan tepat.

Gabungan rasa sos bolognese, keju mozzarella cair leleh serta aroma daging salai pasti membuatkan sesiapa saja terliur.

Sajian ini bukan sahaja ringkas tetapi ia sesuai dijadikan snek fancy untuk dihidang kepada tetamu, majlis potluck atau snek hujung minggu bersama keluarga.

Resipi ini hanya perlu guna puff pastri segera.

Lebih menarik, resipi dikongsi oleh pengguna TikTok @zheazee ini tidak memerlukan doh, cukup guna puff pastri segera yang dijual di pasar raya.

Jom Kuali tunjuk cara membuatnya.

Bahan-bahan

  • 1 lembar puff pastry segera
  • 3 sudu besar sos bolognese
  • 4 keping smoked beef
  • Keju mozzarella secukupnya
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit daun parsley cincang

MENARIK DIBACA: Hanya guna roti canai segera, ini cara mudah buat Nutella Twist di rumah

MENARIK DIBACA: Hanya guna kulit roti canai segera, ini cara mudah buat Portuguese Egg Tart

Cara penyediaan

  1. Ratakan sos bolognese di atas satu lembar puff pastry.
  2. Susun empat kepingan smoked beef dan taburkan keju mozzarella di atasnya.
  3. Gulung puff pastry dengan kemas seperti bentuk sushi.
  4. Potong gulungan tersebut kepada beberapa kepingan kecil.
  5. Sapu kuning telur pada bahagian atas setiap kepingan dan tabur sedikit parsley untuk aroma dan rupa menarik.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10–15 minit atau sehingga puff pastry keperangan dan rangup.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Resipi apam nasi memang mudah, tersalah 'step' memang keras jadinya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Hanya guna roti canai segera, ini cara mudah buat Nutella Twist di rumah

Terhangat