Tip pilih daging stik lembut, 'juicy'! Wanita kongsi cara masak sedap macam restoran
BUAT penggemar daging, tekstur lembut dan empuk dengan lemak mencair ketika dimasak pastinya memberikan kepuasan, lebih-lebih lagi apabila menyediakan hidangan seperti stik.
Seorang individu berkongsi satu tip mudah untuk mendapatkan daging lembut dan berjus, iaitu memilih daging grain-fed dengan corak lemak cantik atau dikenali sebagai marbling.
Menurutnya, taburan lemak halus berselang seli dengan serat daging akan menghasilkan tekstur lebih lembut dan menyerlahkan rasa apabila dimasak.

"Satu tip kalau nak daging lembut, juicy pilih grain-fed yang marbling cantik. Masak biasa-biasa pun confirm sedap.
"Lemak ala cair time masak," kongsinya di Threads sambil memuat naik gambar daging yang disarankan.
Menerusi ruangan komen, wanita ini turut berkongsi cara penyediaan stik tanpa perlu menggunakan banyak minyak, malah setanding rasanya seperti mana makan di restoran.
MENARIK DIBACA: Sistem penyejukan puluhan pasar raya digodam! Suhu meningkat, makanan terpaksa dibuang
MENARIK DIBACA: Kecoh jualan ayam tak halal, wanita kongsi pesanan rakan pegawai Jais
"Minyak olive oil atau extra light olive oil pun tak perlu banyak. Lebihkan penggunaan butter lagi sedap.
"Dapat daging marbling cantik macam ni kalau makan di kedai mahu RM80 hingga RM100.
"Kalau ada kedai frozen jual daging steak, ambil daging Australian wagyu lagi lembut. Maacm gigit ayam," kongsinya lagi.

Daging grain-fed merujuk kepada lembu yang diberi makanan berasaskan bijirin sebagai sebahagian daripada dietnya.
Kaedah pemakanan ini boleh mempengaruhi rasa dan kandungan lemak pada daging, bergantung pada baka serta tempoh pemeliharaan.
Sementara itu, marbling pula merupakan jalur lemak halus terdapat di antara serat otot daging.
Sebahagian lemak ini mencair apabila dipanaskan dan menjadikannya lebih kaya rasa.