KUALI | Resipi Moden

Tumis brokoli cendawan, hidangan bergizi pikat selera anak masa cuti sekolah

Lead Image

CUTI sekolah adalah masa terbaik untuk anak-anak menikmati hidangan sihat yang dimasak di rumah.

Inilah peluang untuk ibu bapa menyediakan lebih banyak menu bergizi dan kurang bergantung pada makanan proses dijual di luar.

Salah satu lauk ringkas tetapi penuh nutrisi ialah tumis brokoli cendawan yang sedap, mudah dan pasti disukai anak-anak.

Selain kaya serat, brokoli membantu meningkatkan sistem imun manakala cendawan pula memberi rasa umami yang menyedapkan hidangan.

Sajian ini cukup sesuai dijadikan lauk harian sepanjang cuti sekolah!

Anak-anak tidak perlu bergantung kepada makanan proses dijual di luar.

Bahan-bahan

  • 1 kuntum brokoli (dipotong kecil)
  • Segenggam cendawan butang (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

MENARIK DIBACA: Puding susu bakar hanya guna 4 bahan, resipi pikat selera anak musim cuti sekolah

MENARIK DIBACA: Masak bebola kentang udang berkeju bersama anak, idea aktiviti cuti sekolah

Cara penyediaan

  1. Rebus brokoli seketika sehingga sedikit lembut, kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan cendawan dan kacau sehingga lembut serta mengeluarkan sedikit air.
  4. Masukkan brokoli yang telah direbus dan gaul sebati.
  5. Perasakan dengan kicap, sos tiram, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata sehingga semua bahan mesra.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

'Marry Me Chicken' resipi paling banyak dicari 2025, jom cuba buat sendiri di rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Tak perlu goreng, udang masam manis versi air fryer ‘confirm’ menjadi

Terhangat