KUALI | Resipi Moden
Popular di Filipina, mango float pencuci mulut menyegarkan tekak
TAK perlu susah payah untuk sediakan hidangan pencuci mulut rumit untuk membuatkan keluarga tercinta tersenyum lebar.
Cukup hanya dengan satu menu unik lembut dan manis berkrim seperti pencuci mulut mango float yang cukup terkenal di Filipina ini.
Pemanis mulut popular ini menggabungkan antara kesegaran lapisan potongan buah mangga dengan krim keju premium tanpa rasa muak.
Setiap lapisan menyatu sempurna menjadikan mango float pencuci mulut sesuai dihidangkan untuk keluarga mahupun sajian pelengkap bagi majlis istimewa.

Bahan-bahan
- 200g krim keju
- 1 cawan krim putar
- 1/2 tin susu pekat manis
- 4 biji mangga dipotong jejari
- Biskut kraker secukupnya
- Susu segar secukupnya
MENARIK DIBACA: Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!
MENARIK DIBACA: Spageti ala mamak, ‘twist’ rasa Malaysia menambat selera
Cara penyediaan
- Mula dengan memasukan krim putar dalam bekas pemukul kek dan pukul bahan ini penggunakan pengadun elektrik.
- Kemudian, tambah susu cair secukupnya dan terus memukul bahan-bahan ini sehingga kembang sebati.
- Selepas itu, sediakan mangkuk berasingan untuk proses merendam biskut kering dalam susu segar seketika.
- Susun biskut direndam susu dalam bekas kaca bersesuaian.
- Sapukan adunan krim sehingga menutupi lapisan biskut.
- Susun kemas potongan mangga di atas lapisan krim tadi.
- Ulang langkah-langkah ini sehingga semua bahan habis.
- Potong dadu lebihan mangga tadi dan tabur atas lapisan terakhir krim tadi.
- Akhir sekali, ramas kasar 2 keping biskut kraker dan taburkan di atas potongan mangga.
- Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidangkan.