Senang sangat! Tak sampai 10 minit ayam goreng kunyit siap, tambah telur mata dan kicap lagi sedap
BALIK kerja penat-penat, apa lagi nak singgah ke bazar membeli juadah berbuka.
Rasa tak larat nak meredah lautan manusia semata-mata mahu membeli satu jenis lauk jer.
Tak payah pening-pening fikir fasal lauk, buat sendiri jer menu ayam goreng kunyit.
Memang sangat mudah dan senang, campak-campak tak sampai 10 minit dah pun siap. Makan pula dengan telur mata kerbau dan kicap memang terangkat!
Tak percaya? Apa kata korang cuba sendiri resipi ayam goreng kunyit seperti yang dikongsikan pempengaruh masakan, Nurliyana Mansor dalam Instagram miliknya, didapuryana.

Bahan-bahan
Bahan A
- Isi ayam (dipotong kecil)
- Bawang putih (dikisar/ditumbuk halus)
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar paprika
- 1 sudu besar tepung jagung
- Garam (secukupnya)
- Serbuk perasa (secukupnya)
- Air (secukupnya)
Bahan B
- Lobak merah
- Kobis bunga
- Kacang panjang
- Bawang holland
- Sos tiram
MENARIK DIBACA: Niat nak beli sikit, sudahnya habis RM50! Ini 5 tip tak terlebih belanja di bazar Ramadan
MENARIK DIBACA: Cara buat nasi goreng Cina 'pot'... Tak perlu tumis, tak payah goreng tiba-tiba siap!
Langkah penyediaan
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam sebuah mangkuk, lalu adun sehingga sebati dan perap seketika. Pastikan adunan tidak terlalu kering atau terlalu berair.
- Panaskan minyak, goreng isi ayam yang telah diperap tadi sehingga garing lalu angkat dan ketepikan.
- Kurangkan minyak menggoreng ayam tadi kemudian masukkan lobak merah, kobis bunga dan bawang holland yang dihiris lalu tumiskan seketika.
- Masukkan kacang pangjang bersama sos tiram, lalu goreng sehingga sayuran menjadi sedikit layu.
- Masukkan isi yang digoreng tadi bersama hirisan cili merah dan gaul sehingga sebati.
- Siap untuk dihidangkan.