info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Buat sendiri jeli kesihatan guna lemon, kunyit dan halia... Snek enak, bantu kulit 'glowing'

Lead Image

KULIT yang sihat dan berseri bukan sahaja bergantung kepada penjagaan luaran, malah pengambilan makanan kaya nutrien juga boleh membantu menyokong kesihatan kulit. 

Jika anda sedang mencari snek ringkas yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi, jeli oren, lemon, halia serta serbuk kunyit ini mungkin boleh menjadi makanan ringan yang bukan sahaja enak tetapi juga baik untuk kulit.

Gabungan oren dan lemon yang kaya dengan vitamin C bersama halia, kunyit serta madu menghasilkan snek yang menyegarkan dengan kombinasi rasa masam dan manis. 

Resipi ini juga dikatakan dapat membantu menjadikan kulit lebih berseri dan sihat apabila diamalkan sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang.

Menariknya, ia mudah disediakan dan hanya memerlukan beberapa bahan asas sahaja.

Bahan dikisar sehingga halus sebelum dijadikan jeli.

Bahan-bahan

  • 2 biji oren
  • 2 biji lemon
  • 1 inci halia
  • Serbuk gelatin (halal)
  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 sudu besar madu
  • Air (secukupnya)

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Langkah penyediaan

  1. Kupas kulit oren dan lemon kemudian kisar sehingga halus bersama halia dan serbuk kunyit.
  2. Tapis bahan yang dikisar tadi untuk ambil airnya sahaja lalu masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Larutkan serbuk gelatin dalam air panas pada suhu sekitar 90 darjah Celsius.
  4. Masukkan madu kemudian kacau sehingga sebati.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama tiga hingga lima jam.
  6. Selepas mengeras, boleh potong mengikut kehendak anda untuk dinikmati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Salad tomato budu somtam rangup dan enak... Cuma potong dan gaul, siap!

Terhangat