Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!
JENAMA Kewpie dari Jepun yang terkenal dengan produk seperti mayonis dan sos pencecah menjadi pilihan ramai untuk dinikmati bersama salad atau makanan Jepun.
Bagi yang gemar menyediakan makanan sendiri di rumah, sos ini boleh disediakan sendiri kerana penyediaannya amat mudah, menggunakan bahan ringkas.
Seorang wanita di Threads dikenali sebagai Farhana Farihin mencuri perhatian apabila berkongsi resipi sos ala Kewpie homemade selepas diminta warganet.
"Haiyoo korang ‘menekan-nekan’ nak resipi," tulisnya, berseloroh.
Menurutnya, resipi berkenaan tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dengan mudah dalam masa singkat.
Malah, dia turut menekankan bahawa minyak bijan merupakan ‘hero’ yang memberikan rasa tersendiri kepada sos tersebut.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan
- 4 sudu besar mayonis
- 4 sudu besar bijan
- 1 sudu besar cuka putih
- 2 sudu besar Japanese soy sauce atau kicap cair
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar minyak bijan
MENARIK DIBACA: Bukan telur atau tahi! Ramai buang bahagian kuning ketam, rupanya boleh makan
MENARIK DIBACA: Keropok lekor 'homemade' guna lebihan nasi, lebih 'fresh' dari beli di kedai
Cara penyediaan
- Sangai bijan sehingga bertukar warna perang dan mengeluarkan aroma wangi.
- Tutup api dan masukkan kesemua bahan iaitu mayonis, bijan yang telah disangai, cuka putih, kicap cair, gula dan minyak bijan dalam bekas.
- Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
- Jika sos terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas mengikut tekstur yang diinginkan.
- Sos Kewpie homemade siap untuk dinikmati bersama salad, makanan Jepun atau hidangan kegemaran anda.