Cara buat sambal kicap asli Jawa, pelengkap soto dan aneka gorengan
SAMBAL kicap sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat di Johor kerana pengaruh kuat masyarakat Jawa di negeri tersebut terutamanya di kawasan seperti Muar dan Batu Pahat.
Pada asalnya, sambal kicap dimakan bersama hidangan seperti tempe dan tauhu goreng.
Tetapi hari ini, sambal yang terhasil daripada gabungan cili padi hijau dan bawang putih yang digoreng dan ditumbuk halus itu turut dijadikan pencecah untuk pisang goreng, sukun goreng dan keledek goreng, serta dijadikan penambah kelazatan makanan bersup seperti soto.
Walaupun kelihatan mudah disediakan, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan sambal kicap yang lebih sedap, tahan lama dan mempunyai aroma yang lebih menyengat.

Bahan-bahan
- 20 biji cili padi hijau
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan kicap manis
MENARIK DIBACA: Enam jenis bunga ini boleh dimakan! Cef tunjuk cara buat manisan memikat selera
MENARIK DIBACA: [V] Rupanya pucat dan rasanya hambar! Cicah dengan sambal ‘berapi’ baru tahu kehebatan sate taichan
Langkah penyediaan
- Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga layu.
- Tumbuk sehingga cili padi dan bawang putih yang telah digoreng tadi sehingga lumat, kemudian tambah gula.
- Masukkan kicap dan kacau sehingga sebati.
- Siap untuk dinikmati bersama sup, soto atau dijadikan pencecah pisang goreng, sukun goreng dan keledek goreng.
Tip Kuali:
- Jangan sesekali tambah air ke dalam sambal kicap yang telah disimpan di dalam peti sejuk. Hanya tambah kicap sahaja.
- Gunakan sudu yang kering apabila mengambil sambal kicap yang disimpan.
- Jangan buang tangkai pada cili padi untuk mengelak daripada sakit perut.