Roti canai tak habis makan, ramai buang sebab dah keras! Lelaki ini kreatif jadikan kuetiau goreng
ROTI canai yang tidak habis dimakan biasanya akan dipanaskan semula untuk mengelakkan pembaziran.
Bagaimanapun kebiasaannya tekstur roti canai yang asalnya lembut dan mudah dikoyakkan akan berubah menjadi sedikit keras dan liat.
Rasanya juga tidak lagi seenak seperti roti canai yang baru ditebar, jadi tidak hairanlah ada juga yang membuangnya tanpa memanaskannya semula.
Seorang lelaki dikenali sebagai Raduannorudin mencuri perhatian apabila berkongsi cara bagaimana dia mengolah semula lebihan roti canai menjadi kuetiau goreng di TikTok miliknya.
Kaedah tersebut bukan sahaja mengelakkan pembaziran, malah mampu menghasilkan hidangan baharu yang bertesktur kenyal dan menyelerakan.

Bahan-bahan
- Lebihan roti canai
- Cili kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ayam
- Udang
- Sos tiram
- Kicap manis
- Minyak masak
- Garam
MENARIK DIBACA: [V] Ramai sanggup beratur panjang demi nasi goreng 'simple', tukang masak tak menang tangan
MENARIK DIBACA: [V] Macam makan dekat Bali, restoran ini kena masuk ‘list’ kalau ke Putrajaya
Langkah penyediaan
- Gunting lebihan roti canai secara memanjang atau halus supaya bentuk dan teksturnya menyerupai helaian kuetiau.
- Tumis hirisan bawang bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam atau udang dan biarkan ia masak seketika.
- Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis lalu kacau sehingga rata.
- Masukkan potongan roti canai dan gaul sebati, perasakan dengan garam secukupnya.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan!