info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Buat tempoyak rupanya cuma guna dua bahan, mampu tahan bertahun-tahun

Lead Image

TEMPOYAK merupakan antara makanan tradisional yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu.

Dihasilkan daripada isi durian yang diperam, tempoyak mempunyai rasa masam yang unik dan aroma yang kuat, menjadikannya satu sajianwarisan istimewa.

Walaupun ada yang kurang gemar dengan baunya, peminat tempoyak sanggup mencarinya kerana gemarkan rasa enaknyayang unik terutama apabila dimasak bersama ikan sungai, udang atau dijadikan sambal.

Menariknya, menghasilkan tempoyak juga tidak begitu rumit dan boleh dilakukan di rumah menggunakan bahan tambahan yang mudah diperolehi.

Jika anda ingin menikmati keenakan makanantradisional ini, berikut disertakanresipi mudah yang boleh dicuba.

Menu patin masak tempoyak antara hidangan popular yang menggunakan tempoyak.

Bahan-bahan

  • Isi durian
  • Garam

MENARIK DIBACA:Goreng garing, warna keemasan... Terliur tengok hasil air tangan Tokti! Ini fakta menarik ikan lais

MENARIK DIBACA:Peniaga 'tarik' satu bahan penting, terus hilang nikmat nasi lemak - "Jangan normalisasikan tak ada telur"

Penyediaan

  1. Gunakan isi durian yang elok ataulebihan durian yang tidak habis dimakan.
  2. Buang biji durian dan ambil isinya sahaja.
  3. Masukkan isi durian ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup.
  4. Tambahsatu hingga dua sudu teh garam kasar atau garam halus, kemudian gaul sehingga rata. Garam bertindak sebagai pengawet untuk mengelakkan kulat dan pembiakanbakteria tidak baik.
  5. Tutup bekas dengan kemas dan peram pada suhu bilik selama dua hingga tiga hari.
  6. Proses penapaian (fermentasi) ini akan menghasilkan rasa masam yang menjadi ciri khas tempoyak.
  7. Selepas diperam, simpan bekas di dalam peti sejuk. Tempoyak yang disimpan dengan betul boleh bertahan sehingga berbulan-bulan, malah bertahun lamanya.
  8. Selain dijadikan bahan masakan, tempoyak juga boleh dijadikan pencecahulam-ulaman.

Cadangan: Bagiyang gemarkan rasa pedas, anda juga boleh gaul bersama hirisan cili padi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Wanita bangga sambal ayam resipi ibu tiri dari Indonesia kini jadi kegemaran anak-anak

Terhangat