Lotus's lancar kempen Ramadan Raya 2026, tawar penjimatan sehingga 4,500 produk serta hadiah bernilai lebih RM600,000
BERSEMPENA kedatangan musim perayaan, Lotus's Malaysia melancarkan kempen Ramadan Raya (RamRaya) 2026, 'Senyuman Ekstra Bernilai' melalui aktiviti interaktif Shop for Good Challenge untuk tujuan kebajikan komuniti.
Kempen yang dilaksanakan dengan kerjasama Food Aid Foundation itu turut melibatkan wakil media dan rakan kongsi jenama lain seperti Nestle, Mondelez International, F&N dan Coca-Cola.
Tujuannya untuk mengumpul barangan keperluan asas seperti beras, bihun, biskut, minyak masak, minuman panas, mi segera, sos dan makanan dalam tin.
Melalui aktiviti interaktif Shop for Good Challange, sebanyak 1,300 kilogram barangan keperluan asas telah dikumpulkan sepanjang acara dan akan diubah menjadi makanan berkhasiat untuk keluarga yang memerlukan di bawah inisiatif #KitakanJiran.

Menurut Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel, kempen yang diadakan bukan sahaja untuk membantu keluarga memerlukan tetapi turut berkongsi keberkatan sempena bulan mulia.
"Senyuman Ekstra Bernilai bukan sekadar harga menarik. Ia tentang membantu keluarga meraikan Ramadan dan Raya dengan bermaruah, menjadikan belanja harian lebih ringan dan bermakna, serta berkongsi keberkatan dengan mereka yang paling memerlukan," ujarnya.
Menyedari bahawa persiapan perayaan menambah tekanan kewangan dari keperluan sahur dan berbuka hingga pakaian Raya dan keperluan rumah, Lotus's telah menyusun lebih 4,500 produk promosi termasuk barangan Rahmah bagi memastikan keluarga dapat mencari segala keperluan di satu tempat dengan harga mampu milik.
MENARIK DIBACA: Tak sangka santan boleh jadi syampu... Bantu lebatkan rambut, atasi masalah gugur
MENARIK DIBACA: Trend kunyah plastik untuk kurus nampak kelakar, ketahui risiko mental dan fizikal
Lebih 2,500 barangan keperluan asas juga tersedia di bawah program Sumbangan Asas Rahmah kerajaan, bagi membolehkan rumah tangga layak menggunakan bantuan untuk keperluan harian yang praktikal.
Sepanjang tempoh ini, pembeli boleh menikmati:
- Diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan segar, keperluan pantri, peralatan memasak, perkakas elektrik, perabot rumah dan pakaian Raya.
- Diskaun sehingga 30 peratus untuk makanan sejuk, beku dan minuman sejuk.
- Pakaian Raya Rahmah bermula dari RM39.
- Koleksi pinggan mangkuk baharu 12 keping bermula dari RM69.

Selain penjimatan perayaan, ahli My Lotus's berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih dari RM650,000 dengan perbelanjaan minimum RM128, termasuk:
- Hadiah utama Proton e.MAS 5, pakej percutian eksklusif ke Dubai untuk dua orang.
- Eksklusif untuk pengguna MyDebit/DuitNow QR: jongkong emas 999.9 seberat 10 gram.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang sedang berlangsung di bawah kempen Senyuman Ekstra Bernilai Lotus's Malaysia, sila rujuk saluran rasmi kami:
Laman Web: https://corp.lotuss.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/LotussMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/lotussmalaysia