KUALI | Trending

Pasar raya di Thailand guna daun pisang bungkus bahan segar, Malaysia boleh tiru idea mesra alam

Lead Image

PENGGUNAAN plastik masih jadi isu global yang serius dan penyelesaiannya pun masih belum ditemui sepenuhnya. 

Memang tak dinafikan plastik tu murah, senang dapat dan boleh guna banyak kali.

Tapi dalam masa yang sama, ia sebenarnya membawa risiko besar kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Ada kajian menunjukkan pembungkusan makanan menggunakan plastik boleh tingkatkan risiko kanser serta masalah kesihatan lain.

Pasar raya di Thailand mendapat pujian ramai kerana menggunakan inisiatif daun pisang membalut sayur.

Bukan itu sahaja, kalau anda perasan penggunaan plastik juga memberi impak besar kepada hidupan laut. 

Dalam kes-kes tertentu, ikan paus ditemui mati terdampar dengan ratusan kilogram plastik di dalam perut, satu bukti bagaimana pencemaran plastik mengancam ekosistem marin.

Sebab itulah beberapa pasar raya di Thailand kini mula menggantikan pembungkusan plastik dengan daun pisang untuk barangan segar. 

MENARIK DIBACA:Teknik mudah simpan daun ketumbar guna balang... Beli seikat tahan sebulan, aroma kekal segar

MENARIK DIBACA: Kurang rasa haus ketika puasa, betul ke garam celtic ada magis? Ini fakta anda perlu tahu

Rimping Supermarket, di Chiangmai menggunakan daun pisang sebagai pengganti plastik untuk membungkus sayur-sayuran dan buah-buahan.

Walaupun penggunaan daun pisang bukanlah sesuatu yang baharu di Asia, inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan pembungkusan lebih mesra alam. 

Berbanding plastik, daun pisang bersifat fleksibel, kalis air, mudah diperoleh dan sepenuhnya boleh dikompos. 

Ia melindungi hasil pertanian dengan sama efektif seperti plastik sambil mengurangkan sisa plastik secara drastik.

Sayuran seperti timun dibalut menggunakan daun pisang.

Menurut laporan media antarabangsa, tindakan Rimping Supermarket ini menerima pujian ramai dan mendorong pasar raya lain untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Di Malaysia pula, kebanyakan pasar raya besar dan kecil masih menggunakan plastik sepenuhnya untuk membalut sayur dan buah. 

Walaupun inisiatif penggantian plastik dengan bahan semula jadi masih jarang dilihat, langkah kecil seperti ini boleh menyumbang secara signifikan kepada pengurangan penggunaan plastik dan pencemaran.

Dengan kesedaran dan tindakan kreatif, seperti penggunaan daun pisang, kita bukan sahaja menjaga kesihatan manusia tetapi juga membantu memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Lotus's lancar kempen Ramadan Raya 2026, tawar penjimatan sehingga 4,500 produk serta hadiah bernilai lebih RM600,000

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Puasa bukan halangan beraksi, ini cara liga top dunia beri ruang pemain Muslim berbuka

Terhangat