info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Lipas 'berpesta' dalam bekas daging mentah, restoran BBQ terkenal di MyTOWN diarah tutup 14 hari

Lead Image

NIAT hati mahu menikmati hidangan BBQ, namun seorang pelanggan berdepan pengalaman yang cukup menggelikan apabila menemui beberapa ekor anak lipas masih hidup di dalam bekas berisi daging mentah di sebuah restoran.

Kejadian itu sempat dirakam sebelum dikongsikan di Threads, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tahap kebersihan premis makanan berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita berasa jijik selepas melihat beberapa ekor anak lipas yang masih hidup di dalam bekas yang menempatkan daging mentah.

Pihak pengurusan MyTOWN ketika menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan.

Video yang dikongsikan menunjukkan beberapa ekor anak lipas seakan-akan 'berpesta' di dalam bekas daging di sebuah restoran BBQ yang terletak di pusat beli-belah terkemuka, MyTOWN.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 25 Ogos lalu, bersempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul.

"Kejadian di MyTOWN semalam (26 Ogos 2026). Sumpah trauma!

"Tengah lapar nampak benda macam ni. Sebelum makan sila periksa dahulu makanan korang ya," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih

MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

Perkongsian berkenaan menarik perhatian pengguna lain yang turut meluahkan rasa kecewa apabila restoran terlibat didakwa merupakan antara lokasi makan yang popular dan sering dikunjungi.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kesal terhadap pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan selepas mendakwa isu berkaitan kebersihan pernah berlaku sebelum ini.

"Wei! Aku tahu kedai apa ni. Aku selalu makan sini kalau nak BBQ.

"Kenapa MyTOWN masalah banyak sangat binatang ya? Dah boleh buat pembersihan semula.

"Aku asyik dengar isu sama dari mall sama," demikian antara komen yang ditinggalkan netizen.

Notis arahan penutupan premis telah pun dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selepas mendapat premis tersebut kotor.

Sementara itu, pihak pengurusan MyTOWN dalam satu maklum balas memberitahu, pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku dan telah melakukan siasatan.

"Hi, terima kasih kerana memaklumkan perkara ini. Kami memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan di premis berkenaan.

"Sejurus menerima laporan, team operasi kami telah hadir ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan segera bersama pihak tenant, dan tindakan susulan sedang diambil.

"Kami akan terus memantau perkara ini dengan teliti bagi memastikan standard kebersihan sentiasa dipatuhi demi keselesaan dan keselamatan semua pengunjung," tulisnya.

Unit Sanitasi Premis Pejabat Kesihatan sedang menjalankan pemeriksaan kebersihan.

Dalam perkongsian terkini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran yang dikongsikan memaklumkan, premis BBQ berkenaan telah pun diambil tindakan penutupan selama 14 hari susulan aduan yang dibuat.

"DBKL melalui Unit Sanitasi Premis Pejabat Kesihatan Zon 5 Titiwangsa, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar telah melaksanakan pemeriksaan susulan aduan ini.

"Premis diperintah tutup dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuatkuasa 26 Ogos sehingga 9 September 2026.," kongsinya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kuala Lumpur diiktiraf 'Bandar Street Food' ke-2 terbaik global, tertinggal 1 mata di belakang Ho Chi Minh, Vietnam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai

Terhangat