info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

5 makanan tradisi ini sudah jarang ditemui, mungkin pupus jika tak dipromosi

Lead Image

BILA sebut makanan kampung, pasti ramai terus teringat masakan air tangan ibu atau nenek yang kita nikmati ketika masih kecil.

Dulu, lauk dan kuih tradisional cukup mudah ditemui kerana ia menjadi sebahagian daripada menu harian masyarakat.

Bagaimanapun, perubahan zaman membuatkan sebahagian makanan tradisional semakin jarang ditemui, khususnya di bandar.

Mungkin ada makanan yang masih dikenali oleh generasi lebih berusia tetapi langsung tidak diketahui dalam kalangan golongan muda.

Kalau tidak diperturunkan kepada generasi seterusnya, tidak mustahil ada makanan warisan yang akhirnya hanya tinggal nama.

Antara makanan kampung yang seharusnya terus dipromosikan ialah:

Tambah kesedapan dengan campurkan kelapa parut atau tempoyak, serai dan daun kunyit.

Pais Ikan Tempoyak

Bagi sesetengah keluarga, pais ikan mengingatkan mereka kepada masakan tradisional Pantai Timur yang disediakan oleh ibu atau nenek.

Selalunya sajian ini dibuat menggunakan ikan patin atau kembung, kemudian dilumur dengan campuran rempah seperti bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili.

Kesedapan bertambah apabila kelapa parut atau tempoyak, serai dan daun kunyit dimasukkan sebelum dibalut menggunakan daun, kemudian dikukus atau dibakar sehingga masak.

Aroma daun yang muncul ketika proses memasak memberikan rasa dan bau tersendiri kepada hidangan.

Hidangan asal Johor ini biasanya diperbuat oleh ikan tengiri atau kembung yang digaul bersama rempah dan herba.

Botok-botok

Botok-botok mungkin tidak begitu dikenali oleh generasi muda berbanding hidangan seperti asam pedas atau sambal tumis.

Hidangan asal Johor ini biasanya diperbuat oleh ikan tenggiri atau kembung yang digaul bersama rempah dan herba sebelum dibungkus menggunakan daun pisang dan dikukus.

Penggunaan pelbagai jenis daun herba seperti pucuk ubi, mengkudu, daun kesum dan bunga kantan menjadikan aromanya cukup unik.

Sambal ini terkenal dengan penggunaan belimbing buluh sebagai antara bahan utama.

Sambal hitam

Bagi mereka yang berasal dari Pahang, terutamanya daerah Jerantut dan Kuala Lipis, sambal hitam mungkin sudah cukup sebati dengan kehidupan sejak kecil.

Sambal ini terkenal dengan penggunaan belimbing buluh sebagai antara bahan utama, selain cili padi, ikan bilis dan bahan-bahan lain.

MENARIK DIBACA: 6 restoran ini sudah wujud sebelum Malaysia merdeka, masih beroperasi sehingga kini

MENARIK DIBACA: [V] Susah nak dapat masakan kampung di Singapura, Hanna Delisha cukup gemar ikan patin tempoyak dan budu

Proses memasaknya pula memerlukan masa yang agak lama sehingga menghasilkan sambal berwarna gelap dengan rasa masam, pedas dan sedikit manis.

Hidangan ini terdiri daripada nasi dan beberapa jenis lauk seperti gulai ikan, serunding, telur atau sambal.

Nasi tumpang

Nasi tumpang atau lebih dikenali sebagai nasi tupe dalam kalangan sesetengah masyarakat Kelantan merupakan antara hidangan tradisional yang cukup unik.

Hidangan ini terdiri daripada nasi dan beberapa jenis lauk seperti gulai ikan, serunding, telur atau sambal yang disusun berlapis sebelum dibungkus menggunakan daun pisang dan dibentuk seperti kon.

Dahulu, nasi tumpang cukup sinonim sebagai bekalan makanan untuk dibawa ketika keluar bekerja, ke kebun atau melakukan perjalanan jauh kerana bentuknya yang praktikal.

Setiap lapisan nasi dan lauk pula memberikan rasa berbeza apabila dinikmati bersama.

Proses pemeraman tersebut menghasilkan rasa masam, masin dan sedikit beraroma.

Ikan pekasam

Bagi sesetengah masyarakat di utara semenanjung, ikan pekasam bukanlah sesuatu yang asing untuk mereka.

Makanan tradisional ini dihasilkan melalui proses penapaian ikan bersama bahan seperti garam dan beras yang disangai dan ditumbuk, bergantung kepada resipi serta tradisi keluarga.

Proses pemeraman tersebut menghasilkan rasa masam, masin dan sedikit beraroma yang menjadi identiti pekasam.

Biasanya, ikan pekasam akan digoreng sebelum dimakan bersama nasi panas, bawang, cili atau bahan sampingan lain.

Proses pembuatannya di rumah kurang diamalkan, malah generasi muda mungkin lebih mengenali pekasam sebagai produk yang dibeli siap.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tumpahkan kopi di kafe popular Indonesia, layanan staf dipuji - "Malaysia kena banyak belajar"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Tempe 'naik' bulu tak lama lepas dipotong, selamat ke dimakan? ini penjelasannya

Terhangat