‘Sambal Nyet’ dijadikan hantaran, ramai risau pengantin bakal dapat dulang kosong
BIASANYA dulang hantaran akan diletakkan wang, barang kemas atau hadiah istimewa untuk pasangan.
Bagaimanapun, seorang lelaki tampil mencadangkan agar ‘Sambal Nyet Bilis’ dijadikan hantaran bernilai RM10,000.
Berkongsi hantaran di Threads dia berkata idea itu muncul selepas hasratnya mendapatkan RM10,000 dengan menjadi pembeli terpantas produk itu untuk dijadikan wang hantaran tidak kesampaian.
Enggan terus melayan kekecewaan, dia memberikan idea kepada orang lain yang mungkin sedang mencari ilham untuk menyediakan dulang hantaran perkahwinan.
“Sambal Nyet Bilis ni berharga RM10,000. Bolehlah nak buat hantaran,” tulisnya ringkas.

Siapa sangka perkongsian ringkas itu mendapat perhatian 'pemilik' Sambal Nyet, iaitu Khairul Aming (KA) yang menganggap idea tersebut sebagai menarik.
“Cantik juga buat hantaran rupanya,” balasnya di ruangan komen.
Pada Ogos lalu, KA mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila mengumumkan ‘restock’ sebanyak 150,000 botol Sambal Nyet Bilis tidak lama selepas produk itu dilancarkan, dengan lima pembeli berpeluang memenangi wang tunai RM10,000.
MENARIK DIBACA: Tumpahkan kopi di kafe popular Indonesia, layanan staf dipuji - "Malaysia kena banyak belajar"
MENARIK DIBACA: Mudah je buat 'strawberry Brazilian lemonade', minum masa cuaca panas terus segar tekak
Perkongsian lelaki itu turut mendapat pelbagai reaksi warga maya, malah ada yang berseloroh mengenai hantaran sambal tersebut.
“Sambal tu hantaran paling mahal buat masa sekarang.
“Orang dah tak pandang dah hantaran lain-lain, orang beri perhatian pada sambal ni sekarang.
“Cukup lagi tak lima balang kat situ? Mana tahu tetamu dah ambil makan dengan nasi kenduri.
“Jaga-jaga takut nanti kena 'rembat', tinggal dulang je,” antara komen netizen.

Ada juga yang mula membayangkan ‘persaingan’ hantaran sekiranya KA melancarkan lebih banyak produk makanan pada masa akan datang.
“Habis la KA buat hantaran sambal untuk produk seterusnya. Jenuh pengantin nak 'battle'.
“Pertama kali nampak harga ikan bilis mengalahkan kaviar. Bilis 'heterochromia' agaknya.
“Kalau jadikan slot Rembayung sebagai hantaran pun menarik juga," komen netizen lagi.