info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar

Lead Image

SUDAHLAH menunggu dalam keadaan lapar, makanan yang dipesan secara dalam talian dicuri pula seorang penghantar (rider).

Demikian nasib yang menimpa seorang lelaki yang kesal selepas makanannya yang diletakkan di rak makanan di sebuah unit kondominium 'lesap' gara-gara dicuri seorang penghantar makanan lain.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki tersebut menceritakan bagaimana makannya dicuri sejurus tiba di lokasi dan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut mangsa, rider yang membawa makanan dipesan telah menjalankan tugas dengan baik apabila tiba tepat pada masanya dan meletakkan makanan tersebut di rak yang disediakan, dalam kejadian pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan penghantar makanan tersebut telah memohon maaf kepada mangsa selepas perbuatannya tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, seorang lagi rider datang ke lokasi sebelum mengambil makanan berkenaan dan membawanya pergi.

"Aku dah la lapar. Tunggu makanan. Rider sampai memang 'on time' letak makanan kat rak makanan. Datang 'seekor' rider lagi curi makanan aku.

"Dia ingat CCTV tak ada agaknya. Now you see what you did. Memalukan komuniti rider je," tulisnya.

Tidak mahu kejadian curi tersebut berlalu begitu sahaja, dia bertindak memuat naik rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian berkenaan ke media sosial.

Rakaman itu kemudiannya mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen menyelar tindakan rider terbabit yang dianggap mencemarkan imej penghantar makanan lain yang menjalankan tugas dengan jujur.

MENARIK DIBACA: Tempe 'naik' bulu tak lama lepas dipotong, selamat ke dimakan? ini penjelasannya

MENARIK DIBACA: Kabur mungkin tanda gula tinggi! Ini makanan bantu rawat masalah mata, penyakit lain

"Tolonglah ban rider macam ni. Please. Bagi rider yang betul-betul buat kerja je tinggal. Ni rider bersepah, order kurang. Jaga la nama baik company sendiri.

"Dia tak tahu ke ada CCTV yang tak pernah tidur. Maha melihat lagi maha mengetahui, " antara komen netizen.

Kisah ini tidak terhenti begitu sahaja apabila rider yang didakwa mencuri dikatakan telah tampil berjumpa dengan pelanggan serta pihak pengurusan.

Difahamkan, pertemuan itu dilakukan selepas menyedari tindakannya tersebar di media sosial.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan, lelaki itu mengambil keputusan untuk memadam hantaran asal berhubung kejadian tersebut selepas rider berkenaan tampil bertemu dengannya.

Komen-komen netizen yang mengecam perbuatan mencuri seorang penghantar makanan.

"Rider ni dah datang jumpa saya dan pihak pengurusan. Semoga dia insaflah atas perbuatan dia ni," kongsinya.

Walaupun isu tersebut berakhir dengan permohonan maaf, kejadian berkenaan tetap menjadi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil atau menyentuh barang milik orang lain tanpa kebenaran.

Pada masa sama, insiden itu turut mengingatkan kita bahawa kewujudan CCTV boleh membantu merakam setiap kejadian yang dan menjadi bukti sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

Semoga kejadian tersebut menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi pada masa akan datang.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pamer buah segar, 'tester' manis... Peniaga di MAHA didakwa bagi langsat buruk kepada pembeli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

‘Sambal Nyet’ dijadikan hantaran, ramai risau pengantin bakal dapat dulang kosong

Terhangat