info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pamer buah segar, 'tester' manis... Peniaga di MAHA didakwa bagi langsat buruk kepada pembeli

Lead Image

HASRAT untuk menikmati buah-buahan segar selepas berkunjung ke karnival agro dan makanan terbesar negara tidak kesampaian apabila buah dibeli didakwa tidak seperti dipamerkan kepada pengunjung.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mendakwa ketika berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026, dia ditunjukkan dengan buah segar oleh peniaga, malah 'tester' yang diberikan juga rasanya manis.

Yakin dengan kejujuran peniaga, lelaki itu tidak memeriksa bungkusan beg plastik buah yang dibelinya sehinggalah dia pulang ke rumah.

“Ingatkan bawa balik dapatlah makan manis-manis. Bukan semuanya buruk, ada boleh makan.

Individu ini memuat naik gambar buah dibeli ketika berkunjung ke salah satu karnival agro terbesar..

"Tapi tak jujur (peniaga) sebab letak sekali dengan buah lebam dan lembik,” dakwanya yang membeli buah langsat.

Individu itu bagaimanapun menjelaskan terdapat juga gerai di MAHA 2026 yang menjual buah pada harga berpatutan dengan kualiti memuaskan.

Dia turut menasihatkan pengunjung supaya lebih berhati-hati ketika membeli buah-buahan dan sebaiknya memilih sendiri buah ingin dibeli, bukan menerima sahaja bungkusan yang dibungkus oleh peniaga lebih awal.

"Elok buat pembeli pastikan peniaga bungkus buah baharu. Jangan beli sudah siap bungkus," dia memberikan nasihat.

MENARIK DIBACA: Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

MENARIK DIBACA: Sarapan cepat tapi berkhasiat, cuba salad ayam teriyaki ringkas ini

Perkongsian itu kemudian menarik perhatian warganet apabila ada individu turut mendakwa turut berdepan dengan pengalaman kurang menyenangkan ketika membeli buah di MAHA.

"Ini kali ketiga pembeli kongsi pengalaman berhadapan masalah. Sebelum ini pelanggan beli enam biji buah markisa tapi dua daripadanya kosong dan ditampal dengan pita pelekat. Ada juga membeli cempedak busuk.

"Saya pernah beli cempedak sudah berair, jambu Lohan pun lembik walaupun harganya agak tinggi.

Perkongsian warganet.

"Saya beli melon potong selepas cuba 'tester' yang manis, tapi bila balik buah jadi masam.

"Buah jangan ikat dalam plastik, nanti 'lemas' dan cepat buruk. 

"Jadi peniaga tolong jujur, kesian pelanggan," antara komen warganet. 

Buat pengunjung berniat untuk membeli buah-buahan ketika ke MAHA, mungkin selepas ini perlu lebih teliti dalam soal pemilihan bagi mengelak isu sama berulang. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Suka makan tiramisu? Anda berpeluang jadi juri pertandingan bertaraf dunia di Itali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar

Terhangat