info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Detik cemas di dapur! Bilah 'chopper' patah, terpelanting - "Sikit lagi nak kena mata"

Lead Image

PENGISAR bahan masakan bersaiz kecil atau chopper kini seolah-olah menjadi perkakas wajib ada di setiap dapur rumah.

Mana tidaknya, tugas memotong halus atau mencincang bawang, cili atau daging yang dulunya mengambil masa berjam-jam kini boleh selesai dalam beberapa minit sahaja!

Lebih menarik lagi, chopper pelbagai jenama yang dijual pada harga tidak masuk akal serendah belasan ringgit semakin membanjiri pasaran online.

Bagaimanapun, terdapat juga kes bilah pisau pengisar tiba-tiba patah, pecah dan terpelanting ketika masih berputar menyebabkan ada yang mengalami luka parah.

Itulah yang hampir berlaku kepada seorang wanita yang tampil bercerita detik cemas itu di ruangan Threads.

Menerusi hantarannya yang tular, dia meluahkan rasa syukur teramat kerana objek tajam berkenaan hanya melayang sipi-sipi dari matanya ketika mesin sedang berada pada kelajuan tinggi.

Terdapat sebahagian netizen memilih untuk memotong cili sendiri mahupun menumbuk menggunakan lesung batu.

"Bismillah... Tak tinggal baca ni tiap kali nak guna blender ni. Mungkin inilah asbab Allah lindung saya hari ini.

"Sikit lagi nak kena mata. Tiba-tiba patah dan pecah tengah high speed, bilah boleh terbang sipi-sipi mata. Allahu can’t imagine. Alhamdulillah Ya Rabb," kongsinya.

Di ruangan komen, hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut berasa bimbang untuk menggunakan produk berkenaan.

Malah, ada yang mengakui pernah mengalami situasi sama sehingga menyebabkan kecederaan parah.

MENARIK DIBACA:  "Setahun tak minum ais, perut dia flat" - Wanita kagum kesan disiplin pantang lepas bersalin

MENARIK DIBACA: Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'

"Samalah 'dia' (bilah pengisar) terbang sikit lagi nak kena. Lama saya termenung kalaulah terkena dekat badan atau muka Allahu... speechless. Allah masih jaga," kongsi salah seorang netizen. 

Sementara itu, seorang lagi netizen mendedahkan insiden membabitkan perkakas dapur jenis berkenaan pernah memakan korban kecederaan yang agak teruk sebelum ini.

"Hari itu seorang kakak tu kongsi blade patah macam ini. Sampai kena jahit 12 pada jari dia. Rasanya jenama yang sama sebab tengok bentuk pun sama," kongsinya.

Gara-gara bimbang dengan risiko keselamatan, ada warganet yang mengambil keputusan untuk bertukar kembali ke kaedah lama.

Antara komen di Threads.

"Sebab itu saya trauma pakai chopper macam ini... pernah sekali itu bila tekan suis, tiba-tiba dia pusing laju sangat macam penutup dia semua nak terbakar/terbuka.

"Sejak itu trauma, rela pakai batu lesung walaupun penat," kata netizen lain.

Tak kurang juga ada yang mengingatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan mesin berkenaan serta membeli barang elektronik berlabel Sirim (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).

"Selepas ni beli yang ada Sirim kak. Sirim ni diaorang memang test keselamatan apa semua. Kedai elektronik lain pun ada jual. Kat Shopee pun ada juga jual yang ada Sirim, kena beli dari Shopee Mall tu, warranty tu tak semestinya kuat. Jadi begini aduh risau. Banyak kes dah tengok jadi macam ni. 

"Saya kalau pakai chopper ni akan jauhkan badan (tak berdepan dengan chopper), tak pegang bawah dia (bahagian mangkuk), tangan je picit atas dia kemudian tekan sekali berhenti, tekan sekali lagi berhenti lagi, tekan sekali berhenti. Saya takkan tekan direct lama lama laju terus takut juga," komen netizen lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Bella Astillah jadi barista di outlet pertama Truedan, siap ‘tapau’ donat untuk Ayden dan Ara

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

7 jenama coklat Malaysia dengan rasa, kualiti terbaik setanding produk koko luar negara

Terhangat