info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Trivia

Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'

Lead Image

BIASANYA selepas menikmati isi buah naga, kulitnya pasti akan dibuang di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, siapa sangka bahagian yang sering dianggap sebagai sisa itu dikatakan boleh dimanfaatkan untuk penjagaan wajah.

Perkongsian seorang wanita Threads mengenai petua menggunakan kulit buah naga sebagai 'masker' itu mencuri perhatian ramai selepas dia mendakwa mendapat ilmu tersebut daripada seorang 'aunty Cina' yang menjual air buah.

Menurutnya, kulit bahagian dalam buah naga boleh digosok secara perlahan pada wajah sebagai 'masker'.

Katanya, buah naga kaya dengan antioksidan, vitamin C dan pelembap semula jadi.

"Kulit dalam buah naga jangan dibuang terus. Boleh tonyoh lembut dekat muka sebagai 'masker'. Buah naga ni kaya dengan antioksidan, vitamin C dan pelembap semula jadi,” katanya.

Kulit bahagian dalam buah naga boleh digosok secara perlahan pada wajah sebagai 'masker'.

Bagaimanapun, dia turut mengingatkan orang ramai supaya membersihkan buah naga terlebih dahulu sebelum menggunakan kulitnya pada wajah.

Turut disarankan, melakukan ujian pada bahagian tertentu seperti pada rahang atau leher terlebih dahulu bagi memastikan tiada reaksi alahan.

"Sebelum tonyoh dekat muka, korang bersihkan buah naga tu bersih-bersih tau. 'Test' dulu sikit dekat kawasan rahang atau leher. Kot ada yang alergik.

"Kalau tak ada, boleh 'apply' seminggu dua kali. 'Best'!," ujarnya.

MENARIK DIBACA: 'Resign' kerja bank demi buka kafe, usahawan berjaya bangkit lepas 2 kali hampir bankrap

MENARIK DIBACA: Anak muntah, pelanggan pengotor tukar pakaian atas meja makan... Lampin buang bawah kerusi

Perkongsian itu menarik perhatian netizen lain yang turut berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan kulit buah sebagai 'masker'.

Ada yang mengakui sebelum ini hanya mengetahui kulit pisang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

"Hari tu jumpa orang 'share' nak cantik makan buah naga. Sekarang kulit dia pula. Kebetulan baru beli buah naga.

"Tip dari makcik saudara saya, dah umur 60+ tapi muka 'flawless'. Dia jadikan kulit buah sebagai 'masker'. Kulit buah pisang, buah tembikai. Semua buah.

Buah naga kaya dengan kandungan antioksidan, vitamin C dan pelembap semula jadi.

"Saya ingat kulit pisang saja boleh jadi 'masker', kulit buah naga boleh juga. Boleh cuba.

"Selalu lepas potong terus tonyoh kat muka. Syok juga, lagi-lagi sejuk," antara komen netizen.

Terdapat warganet lain turut berkongsi tentang penggunaan buah avokado pada wajah selepas menghabiskan isinya.

"Saya guna buah avokado. Lepas dah habis isi masih ada sikit-sikit lagi tu tenyeh kat muka. Rasa macam lepas pakai 'face scrub'. Jangan risau tak akan jadi mak kau hijau," komennya.

Dalam pada itu, beberapa netizen lain meluahkan rasa terkilan kerana baru sahaja membuang kulit buah naga sebelum mengetahui mengenai petua tersebut.

"Alah lambat lalu pula Thread ni. Baru sudah buang sembilan biji kulit buah naga, siap potong-potong tadi.

"Weh, awat tak baca awal-awal. Baru je pagi tadi kopek 15 biji buah naga masuk peti," komen netizen lagi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trivia

Bayam jadikan lena lebih ‘puas’... Bantu masalah sukar tidur malam, tak dapat rehat berkualiti

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trivia

5 makanan ini punca ekzema makin teruk, jika tak elak boleh menggaru sampai luka

Terhangat