info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kerap minum kopi dikaitkan dengan tubuh sado banyak otot, kurang lemak - Kajian

Lead Image

KOPI yang selama ini diketahui mempunyai kafein dan membantu kurangkan mengantuk kini dikaitkan dengan jumlah lemak dan otot manusia.

Menurut laporan media, satu kajian dikendalikan oleh Universiti Oulu di Finland mendapati individu yang kerap minum kopi mempunyai jumlah lemak badan lebih rendah.

Kajian berkenaan turut mendapati penggemar kopi turut memiliki kandungan otot tinggi biarpun memiliki indeks jisim badan (BMI) hampir sama dengan mereka yang tidak minum minuman ini. 

Selain itu, kajian sama turut mendapati individu yang paling banyak minum kopi mempunyai jumlah lemak keseluruhan dan lemak viseral lebih rendah. 

Kopi tanpa tambahan gula, sirap atau krim mempunyai kandungan kalori berbeza untuk dinikmati.

Lemak viseral adalah lemak yang tersimpan jauh di dalam rongga abdomen, mengelilingi organ dalaman.

Kajian sama juga menunjukkan individu minum kopi mempunyai lebih banyak otot rangka atau otot yang membantu pergerakan badan.

Penyelidik turut mendapati peminum kopi mempunyai paras asid amino rantai bercabang (BCAA) yang lebih rendah dalam darah. 

MENARIK DIBACA:  Pilih susu oat, soya dan badam kerana anggap lebih sihat? Fakta penting ini anda perlu tahu

MENARIK DIBACA: Suka ambil 'dessert' lepas makan, risiko Alzheimer meningkat 69 peratus - Kajian

Paras BCAA yang tinggi pernah dikaitkan dengan rintangan insulin dan peningkatan risiko diabetes, sekali gus menjadikan penemuan ini antara aspek yang menarik perhatian penyelidik.

Jenis kopi yang diminum juga perlu diambil kira kerana penambahan gula, sirap dan krim boleh mengubah kandungan kalori minuman ini.

Hubungan antara pengambilan kopi dengan hormon bagaimanapun menunjukkan hasil yang berbeza mengikut jantina. 

Dalam kalangan lelaki, pengambilan kopi lebih tinggi dikaitkan dengan paras testosteron keseluruhan yang lebih tinggi dan profil gula darah serta insulin lebih baik. 

Pada masa sama, protein mengikat testosteron dan mempengaruhi jumlah hormon yang boleh digunakan oleh badan atau dikenali paras globulin pengikat hormon seks (SHBG) turut meningkat.

Kajian mendapati peminum kopi mempunyai kurang lemak viseral.

Kesannya, paras testosteron bebas didapati sedikit lebih rendah.

Bagi wanita pula, kaitan antara pengambilan kopi dengan hormon didapati lebih lemah. 

Antara penemuan diperhatikan adalah paras SHBG lebih tinggi serta jumlah androgen tersedia untuk digunakan oleh badan yang lebih rendah.

Penyelidik bagaimanapun menegaskan kajian ini hanya menunjukkan perkaitan dan bukannya bukti bahawa kopi secara langsung menyebabkan pengurangan lemak atau peningkatan otot. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Petua rawat strok jadi bualan, pesakit didakwa pulih hanya guna minyak tanah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Bahaya makan nasi lemak disimpan lama lepas dibeli, nampak elok sebenarnya dah tercemar

Terhangat