Beras dalam bekas berkulat, cara simpan mungkin silap! Boleh jadi punca kanser hati
JANGAN ingat beras yang disimpan di rumah akan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Hakikatnya, kaedah penyimpanan yang kurang sesuai boleh mengundang pelbagai masalah seperti beras berkutu, berbau hapak malah ditumbuhi kulat.
Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang menerusi Threads selepas menemui sesuatu yang mencurigakan pada baki beras yang dibelinya.
Menurut wanita berkenaan, dia menyedari keadaan berasnya yang sudah rosak semasa mencedok baki bahan itu di dalam bekas simpanan.
"Beli beras lima kilogram, guna punya guna, last scoop sampai ke dasar tersenduk something like this (beras keadaan berkulat).
"Boleh sesiapa tolong terangkan macam ni salah cara penyimpanan ke atau memang daripada pengeluar ada masalah ye? Macam kulat pun ada," katanya.

Perkongsian tersebut turut mengundang pandangan dan pengalaman warganet mengenai cara penyimpanan beras yang betul.
"Salah cara simpan kak. Kalau masa akak baru nak tuang beras dalam tong ternampak benda ni memang dari kilang. Tapi kalau akak cakap last senduk lepas guna tu maknanya salah cara penyimpanan.
"Sebab tu kena biasakan lepas beli letak dalam bekas. Jangan plastik pek tu la semua benda dia nak simpan. Cedok nak masak nasi pun dia (tak salah cuma berisiko) salah satunya tikus/lipas boleh gigit bekas plastik beras. Lama-lama bocor atau terdedah bakteria.
MENARIK DIBACA: Petua bilis kekal rangup walau dah gaul sambal... Antaranya guna cuka, asam keping
MENARIK DIBACA: Petua guna cili kering tak 'jalan'? Ini 6 cara lain halau kutu beras
"Kadang-kadang beras premium pun banyak kutu jadi saya biasa akan tapis dulu buang kutu dan masa simpan letak cengkih. Baru tak ada kutu beras lagi dah.
"Ni simpan tempat lembap kak ni, bekas/ruang berwap jadi kulat. Sebaiknya beli simpan dalam tong kemudian letak tempat udara macam kat tepi table top," demikian antara komen netizen.

Tidak kurang juga warganet yang mengingatkan tentang risiko kesihatan sekiranya beras yang sudah berkulat masih digunakan untuk memasak.
"Bahaya sis, kulat beras sangat toksik pada hati, boleh risiko kanser hati. Lepas beli beras buka terus transfer bekas kerap udara yang transparent kalau boleh. Sambil tu boleh check kot kalau memang beras tu dah rosak.
"Mak saya 'tauke' beras dia ajar tong/bekas beras jangan letak direct atas lantai atau permukaan meja. Kena letak berlapik supaya beras bahagian bawah-bawah tak lembap dan berkulat. Setakat ni saya lapik guna pelapik kayu memang tak pernah berkulat. Cuba la kot menjadi dengan sis.
"Buang! Ni dah berkulat, berkulapok dan bertoksin," komen beberapa netizen.