Konsisten amal diet, ramai lupa waktu makan juga pengaruhi berat badan
RAMAI menganggap waktu makan tidak begitu penting asalkan jumlah makanan yang diambil setiap hari terkawal.
Persepsi ini sebenarnya kurang tepat memandangkan waktu seseorang makan sebenarnya mempunyai kaitan dengan berat badan.
Menurut laporan media, kajian di Sepanyol mendapati individu yang makan malam lebih awal dan bersarapan lebih awal tanpa mengambil makanan di antaranya mempunyai bacaan indeks jisim tubuh (BMI) lebih rendah selepas lima tahun.

Kajian dijalankan oleh Institusi Kesihatan Global Barcelona ini mendapati tabiat memanjangkan 'tempoh berpuasa' semalaman membantu mengekalkan berat badan sihat.
MENARIK DIBACA: Peti sejuk susu paling belakang, buah letak depan! Ramai tak sedar 'strategi' pasar raya
MENARIK DIBACA:Lelaki maut makan manisan 'inti' bahan letupan, biasa diguna untuk buru babi hutan
Dapatan kajian ini turut mengaitkan penemuan jam biologi semula jadi tubuh atau ritma sirkadian, yang mampu mengawal pelbagai fungsi badan mengikut kitaran harian.

Selain itu, kajian turut mendapati hormon insulin dan proses penyimpanan lemak juga mempunyai corak harian, sekali gus menimbulkan kemungkinan bahawa waktu makan mempengaruhi pengurusan berat badan.
Hubungan ini paling jelas dilihat dalam kalangan wanita pramenopaus.
Justeru, menetapkan waktu makan malam lebih awal dan memberi jarak lebih panjang antara hidangan terakhir dengan sarapan boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada rutin pemakanan sihat.