Rupanya ayam gepuk tak popular di Indonesia! Cuma dimakan mahasiswa sebab murah
TIDAK dinafikan hidangan khas dari Indonesia iaitu ayam gepuk kini mengalami fenomena luar biasa di Malaysia.
Di sana sini, restoran dan tempat makan yang mengetengahkan hidangan berasaskan ayam tumbuk yang dihidangkan bersama sambal bawang bersama kacang gajus.
Sama seperti ayam penyet, ayam gepuk turut menyajikan kubis goreng, tauhu dan tempe sebagai pelengkap hidangan.
Berdasarkan carian Kuali, harga bagi satu set ayam gepuk di Malaysia adalah antara RM9 hingga RM20 bergantung pada cawangan dan jenama.

Dianggap berpatutan oleh kebanyakan penggemarnya, namun masih ada yang berpandangan harga itu sangat mahal, malah jauh berbeza dengan yang dijual dari negara asalnya, Indonesia.
Melihat kembali asal-usul ayam gepuk, di Indonesia sendiri hidangan tersebut dicipta khusus untuk golongan pelajar, terutamanya mahasiswa di universiti.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang YouTuber bernama Ryan Dimas ketika menjadi jemputan dalam program audio siar (podcast) seramsetempat.
Ryan yang mengendalikan saluran YouTube, Katanya Makan memberitahu, pembeli ayam gepuk di Indonesia disasarkan untuk golongan pelajar kerana harganya yang murah.
MENARIK DIBACA: Pelanggan kecewa... Pesan nasi, tomyam dan telur dadar tapi satu menu pun tak boleh makan!
MENARIK DIBACA: Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang
"Asal-usul ayam gepuk itu pada awalnya dijual di sekitar kawasan kampus (universiti), tepatnya di sekitar Yogjakarta.
"Target pembelinya adalah untuk pelajar. Makanannya murah dan ringkas iaitu ayam goreng bersama sambal.
"Jadi kalau datang ke Yogjakarta, pasti jumpa ayam gepuk dijual di sekitar kampus sebab target ayam gepuk dijual untuk mahasiswa," ujarnya.

Tambah Ryan, harga bagi sepinggan ayam gepuk juga sangat murah iaitu sekitar 15,000 rupiah (RM3).
"Harganya memang sangat murah iaitu sekitar 15,000 rupiah atau setara RM3 hingga RM4 sahaja.
"Terus kemudian masuk ke Malaysia hingga jadi popular," katanya.
Bagaimanapun, Ryan berkata ayam gepuk bukanlah hidangan popular seperti di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan luar selain Yogjakarta.
Harga bagi sepinggan ayam gepuk juga sangat murah iaitu sekitar 15,000 rupiah atau setara RM3.
RYAN DIMAS
"Original ayam gepuk itu berasal dari Yogjakarta.
"Jadi kalau anda mencari ayam gepuk misalnya di Surabaya atau Jakarta, memang susah nak jumpa.
"Sebab ayam gepuk tidak popular di Indonesia seperti di Malaysia," katanya.