"Bila Kelantan tak ada baru nak rindu, sayang" - Ramai tak keruan kedai tomyam banyak tutup
CUTI sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ternyata meninggalkan 'derita' buat kebanyakan individu, khususnya penggemar tomyam.
Banyak kedai masakan panas seperti tomyam dan gerai nasi berlauk yang diusahakan oleh peniaga dari Pantai Timur ditutup gara-gara mereka pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidiladha.
Kesannya, di media sosial netizen menyeru agar peniaga-peniaga gerai tomyam ini untuk segera pulang dan membuka kembali kedai mereka.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam media sosial, seorang pengguna Threads memohon supaya peniaga makanan yang pulang ke Pantai Timur untuk kembali ke Kuala Lumpur gara-gara lapar.
"Orang Kelantan, baliklah KL semula. Saya lapar," selorohnya.
Hantaran yang dikongsikan Faiz menarik perhatian ramai pengguna Threads lain yang mengakui turut berdepan situasi sama yang dialaminya.
MENARIK DIBACA: Pencuci mulut dlabel 'sampah'! Fazley Yaakob nasihat manusia tak berhak hina makanan
MENARIK DIBACA: Guna air soda, jus lemon atau yogurt antara tip lembutkan daging... Bau hamis pun hilang
Menariknya, kerinduan terhadap masakan tomyam bukan sahaja dialami oleh penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor tetapi 'simptom' ini turut dirasai oleh penggemar dari negeri-negeri lain termasuk di Kelantan sendiri.
"Orang dalam negeri Kelantan, cukup-cukuplah cuti raya. Saya lapar nasi berlauk. Bukalah kedai tu jangan cuti lama-lama.
"Sama! Kuantan ramai orang Kelantan dan Terengganu. Banyak kedai tutup. Nak nasi kerabu, nak keropok lekor, nak 'toye' (tomyam).
"Yang Kelantan ni pun akak 'toye' tak tahu pegi mana lagi. Tak balik lagi,"ujar beberapa netizen.

Pada masa sama, ada segelintir pengguna media sosial meninggalkan komen berbaur sinis apabila sebelum ini warga Kelantan sering dipandang negatif.
"Macam inilah orang KL, bila Kelantan tak ada baru nak rindu sayang. Bila ada korang tak hargai langsung.
"Bukan ke orang Kelantan dikatakan menyemak?
"Bukan hari tu ada kempen tangkap orang Kelantan ke? Sekarang baru rasa rindu," seloroh beberapa netizen.
Sekadar info, perayaan Aidiladha sememangnya disambut meriah terutama di negeri Pantai Timur dan kesempatan tersebut digunakan oleh para peniaga untuk bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman masing-masing.