KUALI | Video

Mamak Puteh jual lauk-pauk di bazar, dedah ada pelawak popular murah hati infak jualan

NAMPAKNYA ramai selebriti mengambil kesempatan menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan ini antaranya Mamak Puteh.

Menjual lauk-pauk di bazar Ramadan Jalan Peel, Kuala Lumpur, Mamak bersyukur kerana perniagaannya menerima sambutan baik pembeli.

"Syukur orang terima apa yang dimasak oleh isteri saya," katanya kepada Kuali.

Dalam pada itu, Mamak mendedahkan ada seorang rakan pelawak telah membeli jualannya dan menginfakkan kepada orang ramai.

"Ada haritu hujan sangat lebat. Seorang sahabat saya yang juga pelawak telah membeli dan infak lebih RM600.

"Cuma dia tak nak bagi tahu nama, apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada dia," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular