KUALI | Video

Lebih 180 hidangan di Hilton Kuala Lumpur, saji bufet Ramadan tradisi dan moden

JIKA anda mencari hidangan berbuka puasa yang menyatukan cita rasa warisan, sentuhan moden dan pengalaman bufet premium, Hilton Kuala Lumpur adalah destinasi tepat untuk Ramadan tahun ini. 

Bertemakan 'Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama' terdapat lebih 180 hidangan premium termasuk makanan laut, warisan tradisi dan pelbagai pilihan pencuci mulut ikonik yang menyelerakan.

Antara menu tarikan ramai sudah pastiilah  Australian whole lamb, bolognese wagyu Australia, kari kepala ikan jenahak, shawarma Lubnan, daging pekasam, otak-otak ikan jenahak bersama salad markisa.

Australian whole lamb ini antara menu buruan ramai pada musim Ramadan.

Paling unik kali ini di Hilton Kuala Lumpur, keropok citarasa laut yang diinovasikan dari kulit makanan laut terpakai.

Bufet Ramadan ini mula berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 dengan harga bermula RM238 bagi dewasa dan RM119 bagi kanak-kanak.

Untuk tempahan boleh hubungi +603 2264 2264 atau e-mel HiltonKualaLumpur_FB@hilton.com dan juga boleh tempahan melalui SevenRooms.

Lokasi: Hilton Kuala Lumpur, 3, Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Waktu operasi: (Setiap hari) 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular