Aaron Aziz ada prinsip diet sendiri, sarapan pagi dianggap tak begitu penting
PAKAR nutrisi dan pemakanan sering menjelaskan tentang kepentingan sarapan pagi sebagai sumber tenaga untuk memulakan rutin harian.
Sarapan pagi dikatakan dapat membantu seseorang menurunkan berat badan kerana individu itu boleh mengawal jumlah pengambilan makanan berlebihan ketika makan tengah hari.
Namun pelakon versatil, Datuk Aaron Aziz pula berpandangan sarapan pagi tidak terlalu penting, malah boleh menjadi punca berat badan naik.
Menurut aktor kelahiran Singapura itu, ketika bangun tidur, metabolisma badan seseorang sedang 'bekerja' untuk membakar lemak.
Apabila perut kosong, badan akan memproses lemak yang tidak diperlukan dengan lebih cepat .
TONTON VIDEO PENUH