KUALI | Video
Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang
PENGALAMAN tinggal di rumah bujang sebelum berkahwin memberi manfaat buat penyanyi dan pelakon, Aqasha.
Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli berkata, ketika zaman bujang dia sempat belajar beberapa resipi daripada ibunya yang memiliki banyak pengalaman dalam dunia masakan.
Antara resipi yang menjadi kepakaran Aqasha adalah ikan masak sichuan.
Menurut penyanyi lagu Embun itu, sichuan boleh dihidangkan bersama pelbagai jenis ikan seperti jenahak, gelama atau cencaru dengan kombinasi rasa masam dan pedas.
TONTON VIDEO PENUH