KUALI | Video

Destinasi wajib pelancong kalau ke Jepun, Honolu Ramen kini di TRX

KALAU siapa pernah melancong ke Jepun pasti akan ke Honolu Ramen yang bukan sahaja autentik dan sedap tetapi disahkan halal.

Nampaknya kalau tak ke Jepun pun sudah boleh menikmati semangkuk ramen dengan mi kenyal, kuah pekat dan rasa autentik.

Sebabnya Honolu Ramen sudah pun dibuka di TRX, Kuala Lumpur.

Antara menu wajib dicuba adalah ramen asli dan ramen miso yang bukan sahaja sedap tetapi dihidangkan bersama hirisan rebung yang memberikan rasa berbeza.

Apa tunggu lagi, restoran Honolu Ramen boleh jadi destinasi wajib bagi peminat ramen di Malaysia.

Lokasi : Honolu Ramen, Ground Floor, TRX, Kuala Lumpur.

Waktu operasi : 11 pagi - 10 malam. 

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular