[V] Amir Nafis 'hantu telur', sedar-sedar diejek gemuk! Masuk sekolah menengah kurus, 'handsome' semula
PELAKON meningkat naik, Amir Nafis memberitahu pertama kali dia ke dapur untuk memasak adalah ketika dia berusia 10 tahun untuk menggoreng telur.
Kata pelakon bertubuh sasa itu, sejak pertama kali berjaya memasak telur goreng, setiap hari dia makan telur goreng apabila masuk waktu makan kerana terlalu bangga dengan air tangan sendiri.
Bukan sebiji, malah Amir boleh makan sehingga enam biji telur dalam satu waktu makan tanpa rasa jemu.
Kesannya, berat badan pelakon filem Polong itu naik sebanyak 20 kilogram (kg) sehingga dia diejek di sekolah kerana gemuk.
Masalah berat badannya berlanjutan sehingga usianya 12 tahun, tetapi disebabkan tidak mahu diejek, fizikalnya kembali normal apabila dia melangkah masuk ke sekolah menengah.
TONTON VIDEO PENUH