Putu Piring/Putu Bambu

Ingredients

400g beras
135g beras pulut
1 camt garam
sedikit air
150-180g gula kabung, dihancurkan
½ biji kelapa parut putih, digaul dengan
sedikit garam

Method

acuan putu piring
kain putih (maslin) empatsegi saiz 12cm
daun pisang sebesar acuan (untuk melapik putu)
pengukus

Beras dan beras pulut dibasuh dan direndam bersama semalaman. Kemudian dituskan dan dicampur garam. Tumbuk atau kisar hingga paling halus dan ayak. Campurkan dengan air sedikit demi sedikit hingga seperti serbuk roti. Taburkan sedikit campuran atas acuan, isikan dengan hirisan gula. Tutup dengan campuran beras lagi, ratakan dengan kemas. Sediakan sehelai kain dan terbalikkan acuan ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain. Angkat dan isikan ke dalam pengukus. Bila masak, gunakan kain untuk mengangkat putu. Letak kelapa parut dan terbalikkan ke atas sehelai daun pisang. Sajikan.

PUTU BAMBU
259g tepung beras
85-90 ml air
1camt garam
1 ½ cawan kelapa parut putih, disangai sebentar agar keperangan
1 cawan gula kabung, dihancurkan

Sangai (goreng tanpa minyak) tepung hingga panas. Angkat dan biar sejuk. Gaulkan dengan garam dan tambah sedikit demi sedikit air hingga campuran menjadi seperti serbuk roti (anggaran lembab). Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaul rata. Isikan ke dalam acuan batang buluh sepanjang 8cm. Jangan terlalu padat. Kukus selama 10 min atau hingga masak. Hidangkan dengan gula kabung tadi dan baki kelapa parut (jika suka).


Tags: , , ,

Leave a Reply