KUALI | Nutrisi

Amal air bawang putih dan garam, ikhtiar orang lama rawat kencing tak lawas

Lead Image

MASALAH kencing tidak lawas atau sukar membuang air kecil memang boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan menjejaskan aktiviti harian seseorang.

Banyak faktor boleh menjadi punca kepada masalah kencing tidak lawas antaranya jangkitan saluran kencing, masalah prostat bagi lelaki, batu karang, pundi kencing terlalu aktif dan juga diabetes. 

Selain rawatan moden, terdapat juga petua tradisional yang diamalkan secara turun-temurun bagi merawat masalah ini.

Bawang putih dan garam mempunyai pelbagai khasiat.

Antaranya minum air bawang putih yang direndam dalam air panas bersama sedikit garam sebagai usaha sokongan untuk melawaskan kencing.

Petua ini dipercayai dapat membantu menyokong kesihatan pundi kencing dan mengurangkan rasa tidak selesa ketika membuang air kecil walaupun kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu.

MENARIK DIBACA: ‘Corncong’ buat ramai tak kering gusi, jagung bakar dibalut macam pocong

MENARIK DIBACA: Kuih cecemek warisan negeri Perak, hanya guna 3 bahan untuk membuatnya

 

Amalkan minum air ini setiap pagi bagi mendapatkan kesan lebih efektif. 

Jika tidak berjaya, dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bahan-bahan

  • Seulas bawang putih
  • Garam
  • Air panas

Cara penyediaan

  1. Ketuk bawang putih dan masukkan dalam gelas berisi air panas.
  2. Masukkan 1/2 sudu garam dan kacau. 
  3. Biarkan sehingga suam sebelum diminum.
  4. Amalkan setiap hari pada waktu pagi.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kajian dapati makan ais krim turunkan risiko penyakit jantung, pakar kesihatan pula tak setuju

Terhangat