KUALI | Tip & Trik

Teknik mudah simpan daun ketumbar guna balang... Beli seikat tahan sebulan, aroma kekal segar

Lead Image

DAUN ketumbar sememangnya menjadi pilihan ramai untuk dimasukkan dalam masakan kerana aromanya membangkit selera.

Tapi masalah utama muncul apabila daunnya mudah layu, justeru sayuran ini tidak boleh dibeli dalam kuantiti banyak, bimbang terbazir begitu sahaja.

Ada yang cuba cara simpan dengan membekukannya, tetapi rasa, kesegaran dan teksturnya dikatakan kurang memuaskan. 

Tapi jangan risau, ada satu lagi tip mudah untuk simpan daun ketumbar kekal segar sehingga sebulan!

Teknik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, idzyanismai

MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

MENARIK DIBACA:  Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah

Rendam daun ketumbar dalam balang plastik dapat bantu kekalkan kesegaran dan tahan lama.

1. Balang plastik bersih

Gunakan balang plastik bersih dan bertutup yang sesuai untuk simpanan di peti ais.

Batang dan daun ketumbar yang basah boleh menyebabkan ia cepat layu.

2. Masukkan air

Tuangkan sedikit air di dalam balang dan pastikan hanya akar pokok sahaja yang terkena air. 

Batang dan daun jangan sampai basah kerana boleh menyebabkan ia cepat layu atau berkulat.

Daun ketumbar yang diletakkan dalam balang perlu ditutup rapat dengan plastik.

3. Tutup rapat dengan plastik

Selepas letak daun ketumbar, tutup bekas dengan plastik tambahan sebelum ditutup sekali lagi dengan penutup balang. Ini penting untuk mengekalkan kelembapan dan aroma daun.

Anda boleh simpankan daun ketumbar pada bahagian atas peti sejuk.

4. Simpan dalam peti ais

Letakkan balang di bahagian paling sejuk peti ais misalnya di rak atas. Elakkan meletaknya di tepi peti ais berhampiran dispenser air kerana suhu tidak konsisten.

Dengan teknik ini, daun ketumbar akan kekal segar dan wangi dan anda boleh mengambil terus untuk masakan tanpa perlu risau ia layu. 

Teknik ini sangat sesuai untuk anda yang suka masak dengan herba segar tanpa perlu kerap pasar semata-mata untuk beli daun ketumbar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

[V] Cara buat kepak ayam goreng 'crispy' tanpa perlu bancuh tepung, cuma guna satu kuali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Serik kejadian lalu, wanita kini lebih tenang selepas letak label pada tong gas

Terhangat