Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah
TIDAK kira lelaki atau pun perempuan, kita pasti mengidamkan kulit yang sihat, lembut dan berseri.
Kulit sihat bukan sekadar soal penampilan tetapi juga mencerminkan gaya hidup dan penjagaan diri yang baik.
Sebenarnya dengan rutin penjagaan yang konsisten, kulit sihat boleh dicapai dengan cara lebih mudah dan mesra bajet.

Salah satu cara semakin popular adalah dengan menggunakan toner atau penyegar muka buatan sendiri yang membantu mengekalkan kelembapan, menenangkan kulit dan memberi seri wajah.
Dahulu, nenek moyang kita sering mencuci muka menggunakan air bilasan beras yang kaya dengan nutrien bermanfaat untuk kulit.
MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam
MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel
Jadi kenapa tidak anda cuba sendiri ‘DIY’ semburan air campuran beras bersama cengkih yang boleh menyegarkan kulit serta menaikkan seri muka?
Bahan-bahannya pun mudah sahaja jom Kuali tunjukkan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
- 5–6 biji cengkih kering
- 2 sudu besar beras (boleh gunakan air cucian beras juga)
- 100–150 ml air bersih
- Botol semburan bersih
Cara penyediaan
- Rebus cengkih dalam 100 ml air selama 5–10 minit kemudian tapis.
- Campur air cengkih dengan air beras atau cecair beras yang dikisar.
- Sejukkan dan tuang ke dalam botol semburan bersih. Simpan dalam peti sejuk dan tahan sekitar 5–7 hari.