• Prep Time 30 minutes
  • Cook Time 50 minutes
  • Serving For 8 People
  • Difficulty Normal
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Mufidah Abdul Hadi for the “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.


This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • 450 g Anchor Cream Cheese (suhu bilik)
  • 3 biji telur (suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3/4 cawan Anchor Whipping Cream (suhu bilik)
  • 1/4 cawan santan (suhu bilik)
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1/4 sudu teh perisa ros
  • 1/4 cawan sagu
  • 1/2 cawan cendol (toskan airnya)
  • 1/2 cawan kacang merah dalam tin (toskan airnya)
  • Pewarna merah
  • Pewarna merah jambu
  • 1 liter air

Instructions

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Sementara itu masukkan sagu ke dalam penapis dan lalukan di bawah air paip untuk membilasnya.
  2. Bila air sudah mendidih, masukkan sagu dan kacau sekali sekala hingga sagu menjadi jernih.
  3. Tapis sagu dan kemudian lalukan di bawah air paip untuk membuang lebihan kanji.
  4. Campurkan sagu dengan sedikit pewarna merah dan gaul hingga rata. Bilas dengan air paip lagi sekali untuk membuang lebihan pewarna. Ketepikan.
  5. Satukan Anchor Cream Cheese, gula, telur, Anchor Whipping Cream, santan, tepung jagung dan perisa ros dalam food processor atau blender. Kisar hingga sebati.
  6. Asingkan sebanyak 1 1/2 cawan adunan tadi dan titiskan sedikit pewarna merah jambu. Kacau hingga sebati.
  7. Lebihan adunan tadi pula dicampur dengan sagu, cendol dan kacang merah. Gaul hingga sebati.
  8. Sediakan acuan bulat berukuran 6 1/2 atau 7 inci yang dialas dasar dan tepinya dengan kertas minyak.
  9. Tuangkan adunan berwarna putih ke dalam acuan. Kemudian masukkan pula adunan merah jambu di atasnya.
  10. Hentakkan acuan perlahan-lahan.
  11. Bakar pada suhu 210 darjah selama lebih kurang 50-60 minit hingga bahagian atas cheesecake bertukar warna gelap tapi cheesecake masih agak lembut.
  12. Boleh juga bakar menggunakan airfryer pada suhu 200-210 darjah selama 5 minit. Kemudian turunkan ke suhu 180 darjah dan bakar lagi selama 20-25 minit.
User Type: anonymous web
Campaign ID: 2
Cxense type: free

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *