• Prep Time 60 minutes
  • Cook Time 120 minutes
  • Serving For 12 people
  • Difficulty Easy
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Cheah Guat Im for the “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.

This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • Bahan untuk Crust-Lapisan biskut untuk dasar cheesecake:
  • 75gm Anchor Salted Butter, dicairkan
  • 150gm Biskut digestive/biskut marie
  • Bahan untuk Cheesecake-Lapisan Perisa Mangga: pastikan bahan-bahan pada suhu bilik
  • 400gm Anchor Cream Cheese
  • 50gm Gula halus
  • 80gm Susu pekat manis
  • 150gm (3 biji) Telur campur dgn 1 sudu teh Esen Vanila
  • 200gm Puri Mangga pekat (500gm isi mangga campur 2tbsp jus lemon, dimesin dan dimasak sehingga pekat. Sejukkan pada suhu ruang)
  • 150gm Anchor Whipping Cream
  • 10gm Tepung Jagung
  • Bahan untuk Cheesecake-Lapisan Sagu Bersantan:
  • 400gm Anchor Cream Cheese
  • 50gm Gula halus
  • 80gm Susu Pekat Manis
  • 150gm (3biji) Telur
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • 150gm Santan pekat
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 10gm Tepung Jagung
  • 100gm Sagu biji, 2 helai daun pandan dan pewarna (Sila rujuk cara untuk memasak sagu seperti di bawah)
  • Bahan untuk Sos Santan Gula Melaka:
  • 100gm Gula Melaka
  • 100ml Air
  • 1 helai daun pandan
  • 150ml Santan pekat
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh tepung jagung + 2 sudu teh air (sebatikan)

Instructions

    Penyediaan Crust:
  1. Sediakan loyang bulat 8inci. Gris dan lapikkan dengan kertas baking. Pastikan kertas tepi melebihi ketinggian loyang sebanyak 1inci (untuk menampung adunan semasa dalam oven). Panaskan oven pada suhu 200C. Sebatikan Anchor Salted Butter yang telah dicairkan bersama biskut yang telah dihancurkan. Padatkan ke dalam dasar loyang. Cucukkan crust dengan garfu. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 5minit. Sejukkan sehingga mencapai suhu ruang.
  2. Penyediaan Sagu:
  3. Didihkan air sebanyak 600ml bersama daun pandan. Masukkan sagu ke dlm air sedang mendidih. Kacau sekejap sahaja. Didihkan sagu selama 5 minit lalu tutupkan api dan tutupkan tudung periuk. Biarkan sagu didalam periuk selama 10minit atau sehingga sagu menjadi jernih. Tapis dan bilas sagu dengan air. Bahagikan 3 bahagian, letak setitik pewarna yang disukai utk setiap bahagian. Selepas 5 minit, bilas dan tapis semula sagu untuk mengeluarkan warna berlebihan. Ketepikan.
  4. Penyediaan Cheesecake-Lapisan Perisa Mangga:
  5. Gunakan paddle attachment, mixer speed rendah hingga sederhana sahaja. Putar Anchor Cream Cheese sehingga licin dan tidak berketul. Masukkan gula dan susu pekat. Putar sebati. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, sebatikan. Campurkan puri mangga pekat. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan Anchor Whipping Cream dan tepung jagung. Mix sehingga adunan tercampur rata sahaja. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan.
  6. Penyediaan Cheesecake-Lapisan Sagu Bersantan:
  7. Putar Anchor Cream Cheese sehingga licin dan tidak berketul. Masukkan gula dan susu pekat. Putar sehingga rata. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan santan, garam dan tepung jagung. Adun lagi sehingga tercampur rata. Tapis adunan dan masukkan sagu yang telah disediakan ke dalam adunan. Kacau sedikit supaya sagu tidak bergumpal. Sendukkan secara perlahan-lahan ke atas permukaan adunan mangga tadi. Sedia untuk dibakar.
  8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 50minit. Boleh naikkan suhu 220C pd 10minit terakhir untuk perangkan/caramelised bahagian atas cheesecake. Tutup suis dan biarkan cheesecake di dalam oven dgn pintu oven direnggangkan sedikit selama 30minit. Keluarkan cheesecake dari oven dan biarkan sehingga mencapai suhu ruang dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Boleh juga dihidangkan semasa suam.
  9. Penyediaan Sos Santan Gula Melaka:
  10. Campurkan gula melaka, air dan daun pandan. Masak sehingga gula melaka larut dan berbau wangi pandan. Masukkan santan pekat dan garam. Masak sehingga mulai mendidih. Masukkan campuran air tepung jagung untuk memekatkan sos. Tutup api dan tapiskan sos. Biarkan sos mencapai suhu ruang dan boleh lah di simpan ke dalam peti sejuk.
  11. Cara hidangan:
  12. Potong cheesecake menggunakan pisau panas supaya mendapat potongan yang kemas. Hidangkan bersama sos santan gula melaka dan mangga.
  13. Nota: Suhu oven adalah sebagai panduan sahaja. Boleh mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Jangan terlebih adun dan terlebih bakar.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.