KUALI | Resipi Tradisi

Masak lemak labu dan bayam, anak-anak 'liat' makan sayur mesti suka!

Lead Image

PARA ibu yang mempunyai anak kecil pasti sering buntu memasak hidangan yang menepati selera si manja.

Kalau dapat anak-anak tak cerewet bab makan memang satu kelebihan. Masaklah apa sahaja, pasti habis licin mereka makan tanpa banyak songeh!

Tapi kalau dapat anak yang cerewet bab makan terutamanya sayur, boleh sakit kepala dibuatnya.

Sebagai penyelesaian, apa kata kalau cuba resipi masak lemak labu bersama bayam untuk pikat selera mereka. Dijamin anak-anak pasti sukakan hidangan ringkas tapi penuh khasiat ini.

MENARIK DIBACA: [V] Obsesi terhadap makanan pedas bawa padah, Tiz Zaqyah derita masalah gastrik

MENARIK DIBACA: Bekas pencuci pinggan jadi botol minuman, pelajar di Papua buat netizen tersentak - “Betapa beruntungnya kita”

Seperti diketahui, labu mempunyai pelbagai khasiat termasuk meningkatkan imunisasi selain menjaga kesihatan mata manakala bayam pula menjaga tulang dan jantung.

Tak perlu pening-pening kepala, ikut sahaja resipi masak lemak labu dan bayam seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan, Nurliyana Mansor (@didapuryana). Pasti tidak akan mengecewakan anda!

Bahan-bahan

  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 1/2 biji labu (dipotong kecil)
  • 1 kotak kecil santan
  • satu ikat bayam
  • 2 tangkai cili merah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air (secukupnya)

Langkah penyediaan

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama labu yang telah dipotong kecil beserta air secukupnya.
  3. Rebus sehingga labu menjadi empuk dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan satu kotak kecil santan dan kecilkan api. Biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan bayam yang telah dicuci bersih bersama cili merah yang dihiris. Biarkan seketika.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng, kena cuba resipi rasam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Kuih kukus labu keladi, perpaduan rasa dan budaya Malaysia

Terhangat