KUALI | Trending

Ketahui bahaya 'fried rice syndrome', tabiat goreng semula nasi sisa boleh undang maut!

Lead Image

LEBIHAN sisa nasi semalam tidak akan dibuang sebaliknya disimpan untuk dijadikan nasi goreng.

Biasanya nasi hanya dibiarkan dalam periuk nasi atau dalam ruang suhu bilik kerana yakin ia tidak akan basi dan masih selamat untuk dimakan.

Paling tidak, ada beranggapan jika ia tercemar sekali pun, asalkan sisa nasi itu dipanaskan semula atau dijadikan nasi goreng, pasti kuman dan bakteria akan mati apabila terkena haba.

Nasi yang terdedah selama dua jam pada ruang terbuka mudah untuk dijangkiti bakteria Bacillus Cereus.

Nampaknya fikiran itu boleh dibuang jauh-jauh kerana tabiat tersebut mendedahkan diri dan keluarga kepada risiko 'fried rice syndrome' iaitu masalah kesihatan berpunca daripada bakteria dikenali sebagai bacillus cereus.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM)  bakteria itu memiliki sifat kebal berbanding salmonella yang akan mati apabila terkena haba.

Nasi yang dibiarkan pada suhu bilik lebih daripada dua jam akan berlaku proses pembiakan bakteria tersebut dan menghasilkan spora iaitu sel halus berfungsi sebagai alat pembiakan dan penyebaran.

MENARIK DIBACA: Lembut berinti kelapa, kuih bunga pudak penuh nostalgia

MENARIK DIBACA: Sayur kubis naik takhta, bakal jadi menu trending 2026

Spora akan tetap hidup selepas dimasak dan dipanaskan akan menetas di dalam perut dan mengeluarkan toksin berbahaya.

Kesannya, individu yang terkena jangkitan spora akan mengalami muntah dan cirit-birit berterusan.

Individu yang terkena jangkitan Spora akan mengalami muntah dan ciri-birit dahsyat sehingga lima jam.

PHM turut berkongsi kejadian terdahulu yang menimpa seorang mahasiswa lelaki apabila meninggal dunia selepas menjamah pasta yang dibiarkan di dapur pada suhu bilik selama lima hari selepas dipanaskan semula.

Akibat daripada toksin bakteria tersebut, pelajar lelaki itu meninggal dunia selepas hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi disebabkan jangkitan.

Dalam pada itu, PHM menyarankan orang ramai supaya sentiasa peka dan membuang tabiat buruk 'jangan sebab sayang nasi segenggam, satu keluarga masuk wad kecemasan'.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Isteri sebelum subuh bangun masak bekal, suami tergamak buang dalam tong sampah - “Dia masak tak sedap”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Harga 'king of cheese' boleh cecah RM800 juta! Bank di Itali terima jadi cagaran pinjaman

Terhangat