info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Makanan viral, asal dari luar negara jadi pilihan Gen Z! Nasi lemak, mi goreng tak masuk senarai

Lead Image

SETIAP orang pasti mempunyai pilihan makanan kegemaran sendiri yang sanggup dinikmati berulang kali tanpa rasa jemu.

Kebiasaannya, menu yang menjadi pilihan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti umur, status dan latar belakang keluarga serta peredaran zaman.

Berdasarkan [temu bual Kuali] bersama beberapa individu daripada generasi Z, makanan berasaskan ayam nampaknya menjadi pilihan paling popular seperti ayam gepuk, ayam goreng, 'chicken tenders' dan shawarma.

Bagaimanapun, ada yang tidak boleh berpisah dengan 'cheese' dan ada juga yang menggemari makanan berasal dari luar negara seperti malatang (China), ayam gepuk (Indonesia), shawarma (Turkiye) dan sushi (Jepun).

Harga bukanlah penghalang bagi anak muda untuk menikmati makanan kegemaran.

Menariknya, ada yang mengakui sanggup makan 'chicken tenders' sehingga lima kali seminggu kerana terlalu menggemari hidangan tersebut.

Menikmati makanan kegemaran bukanlah satu masalah asalkan seseorang itu bijak mengimbangi pemakanan dengan aktiviti fizikal seperti berbasikal, joging atau mendaki bukit.

Selain itu, 'chicken parmesan' dan shawarma turut menjadi antara hidangan pilihan seorang responden meskipun mengakui harganya agak mahal.

Harga bukanlah penghalang baginya untuk menikmati makanan kegemaran itu kerana lebih mementingkan rasa yang sedap dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

MENARIK DIBACA: Panas-panas dari kuali , kuih peneram jadi tarikan pengunjung pasar malam

MENARIK DIBACA: Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu

Jelaslah bahawa bagi sesetengah Gen Z, kepuasan menikmati hidangan kegemaran lebih diutamakan sehingga mereka tidak kisah berbelanja lebih asalkan dapat menikmati makanan yang benar-benar menepati cita rasa.

Apa yang pasti tiada individu yang memilih sajian Melayu klasik atau yang sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti nasi lemak, nasi kandar, laksa, roti canai, mi goreng dan bihun sup.

Menikmati makanan kegemaran bukanlah satu kesalahan tetapi orang ramai disarankan agar mengambilnya secara bersederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan kesihatan sentiasa terjaga.

Berikut senarai makanan pilihan Gen Z berdasarkan temubual dengan Kuali:

  • Ayam gepuk
  • Chicken tenders
  • Malatang
  • Ayam goreng
  • Ayam parmesan
  • Lasagna ayam
  • Hot pot
  • Sushi
  • Shawarma

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Restoran Jepun ambil pesakit demensia jadi pelayan, pelanggan kena banyak bersabar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

Terhangat