KUALI | Trending

8 makanan di bazar sering 'scam' pembeli, cantiknya cuma luaran

Lead Image

SETIAP kali masuk bulan puasa, media sosial ‘panas’ dengan pelbagai luahan hati pengunjung bazar Ramadan.

Ada yang berkongsi gambar, ada juga memuat naik video dengan satu perasaan sama iaitu kecewa! 

Mereka ini menganggap harga makanan dan minuman dibayar tinggi tetapi rasa dan kualiti rendah.

Antara rungutan yang sering dikongsi termasuklah kuih bersaiz kecil, makanan basi, gerai kotor dan sebagainya.

Bazar Ramadan sepatutnya menjadi syurga makanan buat individu berpuasa.

Situasi ini membuatkan ramai pembeli rasa terkilan kerana juadah tersebut dibeli untuk mengisi perut selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Berikut disertakan pengalaman warga Threads hanya mampu tersenyum pahit dan merasakan diri seperti ‘tertipu’ dengan luaran makanan yang dibeli, tetapi hakikatnya indah khabar daripada rupa.

Terpinga-pinga tengok makanan cantik diluar, tapi bila dibuka inti ghaib.

1.Roti John daging ‘halimunan’

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila membeli roti John daging, namun isi dagingnya terlalu sedikit sehingga disifatkan seperti ‘halimunan’.

Dia tidak sangka, walaupun sudah tahun 2026 masih ada peniaga bazar Ramadan tak jujur.

Roti John ayam mini dengan inti terlalu sedikit.

2. Roti John ayam mini, inti pun ‘mini’

Seorang pelanggan tak jangka inti ayam dalam roti John mini yang dibeli sangat sedikit.

Jelas terselit rasa kecewa kerana sajian ini dibeli pada hari pertama berpuasa.

Vietnamese roll salmon didakwa hanya fish cake sebagai inti.

3. Vietnamese Roll Salmon jadi 'fish cake'

Seorang wanita mengharapkan salmon dalam Vietnamese roll yang dibeli namun apa yang diterima hanyalah 'fish cake'.

Luahnya, keadaan itu membuatkan dirinya menarik diri dari menyokong peniaga bazar. 

Tanpa tanda harga, pembeli tiada pilihan.

4. Chicken tender RM20 tanpa tanda harga

Pelanggan ini mempersoalkan tentang chicken tenders yang tidak mempamerkan tanda harga.

Situasi itu membuatkan dia tiada pilihan selain membayarnya.

Harga mahal dengan kualiti mengecewakan.

5. Pisang ijo mahal tak bersebab

Seorang wanita berkongsi rasa sedih apabila makanan dibelinya mahal tetapi rasanya tidak seperti diharapkan malah pisang disajikan keras.

Kuih koci basi, pembeli terpaksa buang ke tong sampah.

6. Kuih koci basi

Seorang pelanggan kecewa kuih kegemaran dibeli di sebuah bazar terkenal sudah berbau seawal jam 11 malam.

Akhirnya, ke tong sampah.

Seorang pembeli terkejut dengan saiz dan kualiti murtabak megi segera dibelinya.

7. Murtabak nipis 

Pelanggan ini terkejut harga RM10 ditetapkan untuk sebekas murtabak mi segera daging yang sangat nipis dan potongannya kecil.

Popiah otak-otak dibeli bukan hanya rupa menyedihkan tapi rasa juga hampa.

8. Popiah otak-otak 'oksigen'

Pengguna ini meluahkan rasa terkilan apabila popiah otak-otak yang dibeli nipis dan kosong.

Walaupun harganya RM3 dan dianggap murah, kekecewaan tetap dirasai.

Bazar Ramadan sepatutnya menjadi ‘syurga’ juadah berbuka. Namun, isu kualiti, kuantiti dan ketelusan harga terus menjadi rungutan saban tahun.

Pembeli tidak menuntut kesempurnaan, tetapi sekurang-kurangnya kejujuran dan kualiti setimpal dengan harga.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

[V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

[V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin

Terhangat