KUALI | Trending

Lepas makan asyik nak 'berasap'! Perokok perlu tahu bagaimana tabiat ini bahayakan tubuh

Lead Image

MEMANG susah nak buang tabiat merokok, lebih-lebih lagi kalau dah jadi rutin lepas makan. 

Tapi penting untuk kita tahu waktu itulah badan sedang bekerja keras untuk hadam dan serap nutrien.

Jadi, merokok ibarat mengganggu proses 'kerja' dan dedahkan tubuh pada serangan bahan berbahaya.

Jom faham satu per satu apa yang berlaku!

1. Nutrisi tak diserap dengan baik 

Proses pencernaan bermula sebaik sahaja kita mula mengunyah makanan. 

Bila makanan sampai ke usus kecil, tubuh mula menyerap nutrien penting seperti vitamin dan mineral.

Masalahnya timbul bila kandungan dalam rokok terutamanya nikotin mengganggu sistem pencernaan dan mengurangkan keupayaan tubuh menyerap nutrisi dengan baik.

Maksudnya apa? Kita dah makan makanan berkhasiat tapi nutriennya tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan, rugi kan?

MENARIK DIBACA: [V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin

MENARIK DIBACA:Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

Sistem pencernaan bergiat aktif dan berisiko terdedah pada ganggu jika terus merokok.

2. Risiko kanser usus dan paru-paru meningkat

Asap rokok mengandungi radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan. 

Bila merokok selepas makan, sistem pencernaan sedang aktif dan pada waktu ini organ dalaman lebih terdedah kepada gangguan.

Kajian menunjukkan merokok boleh meningkatkan risiko kanser, termasuk kanser usus dan paru-paru.

Walaupun masih perlukan lebih banyak kajian khusus tentang kesan 'selepas makan', hakikatnya merokok sendiri sudah terbukti meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser.

Perokok cenderung mengidam makanan tinggi lemak.

3. Boleh jadi punca berat badan naik

Ramai orang fikir merokok boleh kawal berat badan dan sesetengah kes memang ada individu yang kurang selera makan bila merokok.

Tapi kajian mendapati perokok cenderung mengidam makanan tinggi lemak dan makanan segera. Bila situasi ini terjadi, risiko berat badan berlebihan atau alami obesiti boleh meningkat.

Ramai sangka merokok boleh buat badan kurus tapi hakikatnya ia boleh menyebabkan anda bertambah gemuk.

Merokok selepas makan boleh membuatkan perut gastrik bertambah teruk.

4. Risiko gastrik dan asid refluks

Nikotin dalam rokok boleh melemahkan injap antara kerongkong dan perut. Bila injap ini longgar asid perut mudah naik semula ke kerongkong.

Inilah yang menyebabkan pedih ulu hati, rasa panas di dada dan masalah gastrik atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Kalau dah memang ada masalah gastrik, merokok selepas makan boleh buat keadaan jadi lebih teruk.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

8 makanan di bazar sering 'scam' pembeli, cantiknya cuma luaran

Terhangat