info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Rendang basi tak lama lepas dimasak... Ramai pakat kongsi punca, petua tahan lebih lama

Lead Image

MUSIM perayaan amat sinonim dengan aneka juadah tradisional yang dimasak dalam kuantiti banyak untuk dimakan seisi keluarga, misalnya rendang.

Bagaimanapun adakalanya makanan dimasak terlalu cepat basi dan itulah situasi dialami seorang individu apabila sajian itu sudah tak boleh dimakan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimasak.

Menerusi perkongsian di Threads, dia meluahkan rasa hairan apabila rendang dimasaknya pada awal pagi sudah berbuih menjelang petang hari sama.

Netizen turut memberikan petua penyediaan rendang tahan lama.

"Rendang tak sampai 24 jam pun lagi dah basi macam berminggu tinggal. Masak jam 2 pagi, petang dah berbuih teruk. Kenapa weh," kongsinya.

Menurutnya lagi, rendang tersebut pada asalnya diletakkan di atas meja, ditutup dengan tudung saji berlubang untuk tujuan pengudaraan sebelum dipindahkan ke lantai selepas basi.

"Lupa nak bagitau. Saya letak atas lantai sebab dah basi. Asalnya atas meja dilapik dengan pelapik, tutup dengan tudung saji berlubang-lubang juga.

MENARIK DIBACA: Rebus dengan daun salam, cara hilangkan bau hamis hati lembu

MENARIK DIBACA: Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai

"Kiranya tak kedap la. Tapi memang suhu dapur ni agak panas. Rendang cepat basi. Tak pe, thank you semua sudi komen bagi cadangan," tulisnya lagi.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang tampil berkongsi pelbagai petua bagi memastikan rendang tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.

Antara yang dikongsikan termasuklah rendang dimasak sehingga benar-benar kering dan pecah minyak sebelum ditutup atau disimpan.

"Sebab rendang tak kering masak betul-betul, masih ada air lagi. Satu lagi rendang tak boleh terdedah tempat panas.

"Kuali kotor, kuman boleh merebak. Kena simpan tempat bersih. Kalau tak makan lagi dah sejuk, cepat simpan dalam peti ais dulu," kongsi seorang cef.

Ada juga yang menasihatkan supaya makanan bersantan dipanaskan semula setiap beberapa jam untuk mengelakkan ia cepat basi.

"Makanan bersantan kena rajin panaskan. Paling kurang setiap lima ke enam jam. Kami pun buat rendang suka berkuah tapi elok je tak basi sampai 24 jam," tulis pengguna lain.

Selain itu, ada juga yang percaya faktor kebersihan dan titisan air yang masuk ke dalam masakan juga boleh menyebabkan makanan cepat rosak.

Komen netizen.

"Kadang-kadang ada titisan air tak sepatutnya termasuk, bercampur senduk pun boleh cepat basi.

"Cili kena masak betul-betul dan pastikan pembersihan paling penting," komen seorang lagi pengguna media sosial.

Dalam kesibukan di musim perayaan, aspek kebersihan, teknik memasak dan penyimpanan betul perlu diberi perhatian supaya makanan dapat bertahan lebih lama serta selamat dimakan seisi keluarga.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Guna air soda, jus lemon atau yogurt antara tip lembutkan daging... Bau hamis pun hilang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Cuci daging tak payah guna limau, tepung… Rempah dah cukup untuk hilangkan hamis

Terhangat