info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Nak lapah daging, jumpa anak dalam perut! Kecoh lembu korban didakwa bunting

Lead Image

SATU video tular di media sosial memaparkan detik mengejutkan yang berlaku selepas proses penyembelihan haiwan korban apabila anaknya ditemui dalam perut.

Rakaman berdurasi kira-kira 40 saat itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @ris.ma146 pada Rabu lalu, menunjukkan seorang lelaki berkongsi tentang kejadian tersebut.

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut berkata sebaik sahaja haiwan itu disembelih dan kemudian dipotong untuk proses melapah, ramai terkejut apabila melihat seekor anaknya berada dalam perut.

Setakat ini, lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan dan tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

Bagaimanapun insiden dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia.

Anak lembu itu ditemui di dalam perut seekor lembu ketika proses melapah daging.

Dakwaan tersebut juga mengundang pelbagai reaksi dan keraguan daripada warganet. 

Ramai berpendapat haiwan disembelih itu sebenarnya adalah lembu betina yang sedang bunting ketika dijual untuk tujuan korban.

Susulan kejadian itu, pelbagai reaksi muncul di ruangan komen dengan ada yang meluahkan rasa sedih dan kesal sekiranya dakwaan mengenai lembu bunting itu benar.

Terdapat juga sebahagian netizen mendakwa bahawa lembu betina yang bunting kadangkala tidak disedari kerana saiz kandungan masih kecil atau berada pada peringkat awal. 

MENARIK DIBACA: Tak hormat makanan! Tindakan wanita heret kaki lembu korban, lapah dalam tandas dianggap jijik

MENARIK DIBACA: Ramai sangka susu ibu lengkap nutrisi, doktor dedah rupanya rendah satu nutrien penting

"Biasanya lembu betina tu orang ingat dia tak bunting atau mandul, jadi terus sembelih untuk korban. Tapi sebenarnya ada juga kes dia dah bunting cuma tak perasan sebab masih kecil atau awal sangat, jadi tak nampak lagi," komen seorang individu.

Ada juga yang berpandangan insiden ini berlaku kerana kekeliruan ciri fizikal lembu.

"Pasal khunsa (mempunyai alat kelamin jantan dan betina) tu sebenarnya istilah tu untuk manusia bukan haiwan macam lembu. Haiwan tak dikira ada dua jantina atau khunsa.

"Ciri jantan dan betina memang boleh dibezakan tapi kadang-kadang orang boleh tersilap kalau lembu tu masih muda, kecil atau tak jelas sangat ciri fizikal dia.

"Memang lembu tu sebenarnya bunting bang. Kenapa macam pelik/ajaib sangat?" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

ZUS Coffee buka outlet pertama di Jakarta, sedia bersaing dengan jenama kopi tempatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelanggan kecewa... Pesan nasi, tomyam dan telur dadar tapi satu menu pun tak boleh makan!

Terhangat