Pencuci mulut dlabel 'sampah'! Fazley Yaakob nasihat manusia tak berhak hina makanan
PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan ekoran tindakan seorang atlet sukan Muay Thai yang melabelkan manisan atau pencuci mulut sebagai 'makanan sampah'.
Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Threads miliknya, Fazley berkata tiada pencuci mulut yang memiliki sifat sihat, melainkan ia memang dihasilkan khusus untuk tujuan kesihatan.
Pada masa sama, Fazley berkata semuanya berbalik pada pilihan individu itu sendiri.

"Mana ada pencuci mulut atau manisan yang betul-betul sihat melainkan memang bertujuan untuk menghasilkan pencuci mulut yang sihat. Itu semua pilihan," tulisnya.
Penyanyi Asmara Ini itu berpandangan tindakan melabel makanan dengan gelaran buruk dilihat sebagai satu tindakan tidak wajar, terutamanya jika hidangan tersebut menjadi sumber pendapatan individu lain.
"Janganlah panggil apa-apa makanan itu sebagai ‘sampah’.
"Siapa pun awak, kalau itu menjadi punca rezeki kepada seseorang, kita tak berhak untuk menghina makanan yang dijadikan sebagai punca rezeki dia," tegurnya.
MENARIK DIBACA: Viktor Axelsen lepas geram, pergi Pulau Pinang 'order' makanan penuh meja
MENARIK DIBACA: Anak muntah, pelanggan pengotor tukar pakaian atas meja makan... Lampin buang bawah kerusi
Dalam hantaran sama, Fazley turut menyentuh tentang isu berat badan dalam kalangan masyarakat di Malaysia apabila mendapati memang ramai rakyat di negara ini obesiti.
Juara program Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu berpandangan wujudnya individu memiliki masalah berat badan kerana ia pilihan mereka sendiri dan bukan atas paksaan oleh mana-mana pihak.
"Memang rakyat Malaysia ramai yang gemuk, tapi bukan sebab mereka dipaksa jadi gemuk, ia pilihan.
"Satu je saya nak pesan, jangan hina makanan dan rezeki orang. Kifarah is real," katanya yang mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga tutur kata.
kita tak berhak untuk menghina manakan yang dijadikan sebagai punca rezeki.
DATUK FAZLEY YAAKOB
Terdahulu, hangat di media sosial tentang perselisihan faham antara atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali yang didakwa menggelarkan pencuci mulut, kunafa sebagai makanan sampah.
Kenyataan kontoversi yang dikeluarkan menerusi temu bual sebuah program podcast itu sekali gus menarik perhatian usahawan kunafa, Ojen Aiwahhh atau Zayn Rosli.
Walaupun tidak menyebut mana-mana jenama, namun kenyataan Johan atau mesra disapa Jojo itu menggelar kunafa sebagai 'makanan sampah' dianggap sebagai salah satu betuk provokasi melampau.