info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Daging korban perlu ‘rehat’ 7 jam sebelum dimasak, Ustaz Syamsul Debat beri penjelasan

Lead Image

SEORANG individu mencuri perhatian pengguna Threads selepas berkongsi pandangan mengenai cara penyimpanan daging korban sebelum dimasak, berdasarkan satu video ceramah agama yang tular di TikTok.

Menurut individu itu, dia menonton perkongsian oleh Ustaz Syamsul Debat yang menyatakan bahawa daging paling 'sedap dan selamat' dimakan adalah daging segar yang tidak terus dimasak selepas sembelihan.

Jelas individu itu daging korban segar perlu disimpan terlebih dahulu di bahagian sejuk sekurang-kurangnya tujuh jam.

"Tadi ada tengok video Ustaz Samsul Debat bagitahu daging paling sedap adalah daging 'fresh' yang disimpan dalam bahagian sejuk selama tujuh jam. 

Daging korban segar perlu dicuci dan disimpan dalam tempat sejuk sekurang-kurangnya tujuh jam sebelum dimasak.

"Bagi habis turun (keluar) semua darah. Kita tak boleh terus masak dan makan daging 'fresh' lepas sembelih tu," kongsinya.

Dia turut melihat beberapa perkongsian lain mengaitkan pengambilan daging terlalu kerap dengan risiko kesihatan seperti darah tinggi, selain menganggap daging terlalu segar mungkin masih mengandungi enzim aktif yang boleh memberi kesan kepada sesetengah individu.

"Rupanya tak boleh terus makan daging segar je, daging 'frozen' tak apa dah kot," tulisnya.

Sementara itu menerusi video di TikTok, Ustaz Syamsul Debat menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa daging baik untuk dimakan adalah yang sudah dibersihkan, disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan di bahagian chiller (bukan beku) selama kira-kira tujuh jam sebelum dimasak.

Katanya, selepas tempoh tersebut, daging perlu dicuci sekali lagi sebelum dimasak bagi memastikan kebersihan dan kualitinya.

MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!

"Itulah terbaik menurut kajian dibuat Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga veterinar," katanya.

Dalam penjelasan sama, beliau turut menyentuh tanggapan masyarakat yang sering menganggap daging paling segar (selepas disembelih) perlu terus dimasak, sedangkan dalam konteks tertentu aspek kebersihan dan pengurusan darah selepas sembelihan juga perlu diambil kira.

Tambahnya lagi, dalam Islam darah adalah najis, justeru pengendalian daging baik dilihat penting bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut membincangkan cara terbaik menguruskan daging korban.

Komen warganet.

Rata-rata bersetuju dengan kaedah menyimpan daging segar yang disyorkan selain daging itu juga dibimbangi menjadi punca darah tinggi. 

"Ni saya percaya, pernah berlaku. Allahyarham pakcik makan daging payau yang 'fresh' terus dimasak tidak lama berapa jam beliau meninggal (dalam masa sama ada sakit hypertension). Orang rumah lain ada makan juga daging payau 'fresh', mungkin diaorang tiada sebarang penyakit.

"Daging korban ni, petua dari makcik suami saya, dia peram setahun buat 'frozen'. Raya haji tahun ni, dia masak daging korban tahun lepas punya. Memang betul dia tak ada masalah darah tinggi.

"Betul. Tunggu seminggu lagi bagus, bagi habis 'rigor mortis'," antara komen netizen.

Untuk makluman, 'rigor mortis' adalah keadaan keras dan kaku selepas kematian kerana otot tidak lagi menerima tenaga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Pulut hitam jadi skrub, usahawan 'angkat' tradisi bakal pengantin kaum Kaili

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

'Picky eater' bukan salah anak, ahli terapi dedah 5 kesilapan ibu bapa

Terhangat