Negeri Sembilan mana ni? Netizen tak puas hati nenek kongsi resipi masak rendang nogori tumis bawang
BUAT peminat masakan pedas nogori, resipi yang ditumis dengan bawang ni pasti buat korang panas punggung kan!
Mana taknya, ramai yang mendakwa masakan asli Negeri Sembilan tidak menggunakan bawang... memang pantang sesiapa yang buat begitu, pasti akan dikecam!
Apatah lagi kalau dah pro memasak mengikut 'style' orang Negeri Sembilan.
Ha inilah yang berlaku apabila seorang nenek dikecam apabila berkongsi resipi Masak Rendang Daging Uwan Esah Kuala Pilah Negeri Sembilan di laman TikTok miliknya cikesah53 menggunakan tumisan bawang.

Menerusi paparan video berdurasi sekitar lima minit itu, kelihatan segelintir netizen kurang senang dengan resipi berkenaan dan menyifatkan rendang original Negeri Sembilan dimasak tanpa tumis bawang.
Bagaimanapun, resipi nenek itu pada awal masakan ditumis menggunakan bawang yang dikisar bersama halia dan lengkuas.
"Orang pilah tak do (ada) tumis-tumis minyak untuk buat rondang (rendang). Minyak yang jadi hasil santan berkilo-kilo dimasak lama-lama jadi akan keluar sendiri. Itulah yang sedap tu.
"Orang Negeri Sembilan tak menumis. Tapi kacau dulu daging bersama bahan-bahan itu sampai elok, baru masukkan santan.

"Negeri Sembilan mana ni? Mana ada menumis semua bahan dilebur terus dalam kuali.
"Mana datangnya nak tumis bahan-bahan untuk masak ghondang (rendang) ni? Buang perkataan Negeri Sembilan tu kalau nak cakap resepi uwan (sendiri)," antara komen kecaman netizen.
MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'
MENARIK DIBACA: Cara buat nasi goreng Cina 'pot'... Tak perlu tumis, tak payah goreng tiba-tiba siap!
Pun begitu, ada juga netizen yang tampil mempertahankan nenek berkenaan dengan menegaskan lain resipi lain caranya dan netizen sepatutnya menghormati resipi turun temurun orang lain.
"Sedihnya, baru tadi tengok nenek kat TikTok kena 'cyberbully'. Dia cuma tunjuk video masak lemak cili api je dan siap cakap, "ni resepi wan ye… turun-temurun nenek ajar.

"Tapi ada yang terpaling Negeri Sembilan kata, resepi ori tak letak bawang ke apa.
"Ikut tekak masing masing lah nak letak bawang ke nak letak belacan ke nak campur sirap ke. Dia punya resipi, dengan pangkat nenek nenek pun nak buli ke?
"Macam-macam mana pun resipi tak perlu nak 'judge'. Itu kan resipi turun temurun keluarga orang lain. Lain orang, lain selera.
"Yang asyik 'judge' tu, pastikan pandai masak dulu jangan sekadar ingat pada bahan je," luah netizen.