Orang Itali sangat benci dengan piza 'topping' nanas, ini 3 sebabnya!
SEMUA tahu piza merupakan makanan berasal dari Itali, atau lebih tepat lagi di bandar Naples.
Dahulu, hidangan berupa doh berbentuk leper dan bulat ini menjadi makanan rakyat bawahan kerana sifatnya yang ringkas, mengenyangkan dan dimakan tanpa pinggan.
Ketika itu golongan bangsawan menganggap tomato sebagai beracun, tidak seperti masyarakat Naples yang miskin dan menggunakan tomato sebagai 'topping' kerana murah dan mudah diperolehi.
Bagaimanapun seiring perjalanan waktu, sajian ini mula tersebar ke seluruh dunia sehingga piza asli yang dikenali sebagai 'piza margherita' telah mengalami evolusi besar dengan pelbagai rasa dan 'topping'.
Salah satunya adalah 'Hawaiian Pizza', iaitu piza yang mempunyai 'topping' potongan nanas di atasnya.

Tanpa disangka Hawaiian Pizza yang dicipta oleh seorang imigran Greece bernama Sam Panopoulos di restoran miliknya, Satellite pada 1962 telah mengguris hati orang Itali, sehingga piza dengan 'topping' nanas itu dibenci!
Bagi masyarakat Itali, nanas yang diletakkan pada piza dianggap sebagai melanggar tradisi kulinari mereka.
Orang Itali sangat mementingkan keseimbangan rasa asli adunan doh segar bersama sos tomato, keju dan herba yang memberikan gabungan rasa sempurna antara rasa masam, lemak dan segar.
Berikut merupakan tiga sebab utama orang Itali menolak nanas untuk dijadikan topping pada piza:
MENARIK DIBACA: Dah penat masak kena cuci pula! Ini 6 tip elak sambal dimasak merecik ke dapur, dinding
MENARIK DIBACA: Anding Indrawani dah 21 tahun main gim, makan 'goreng-goreng' cuma sebulan sekali
1. Langgar tradisi
Masyarakat Itali sangat menjunjung tinggi nilai seni, termasuk dalam seni kulinari.
Menambah buah-buahan asing terutamanya nanas dianggap merosakkan kesederhanaan dan resipi asal piza yang telah diwarisi sejak turun-temurun.
2. Keseimbangan rasa
Nanas memiliki yang memiliki rasa manis dan berair dikatakan merosakkan keseimbangan keasidan semula jadi sos tomato serta rasa berlemak keju.
Bagi orang Itali, gabungan ini umpama mencampurkan rasa yang tidak serasi dalam masakan asli mereka.

3. Falsafah masakan Itali
Masakan Itali sangat menitikberatkan bahan-bahan tempatan yang segar dan asli.
Nanas bukanlah bahan yang berasal dari Itali dan dianggap tidak sesuai untuk dijadikan 'topping'.
Bagaimanapun, perdebatan ini lebih menjadi bahan jenaka dan stereotaip dalam media sosial berbanding kemarahan sebenar di kedai makan.
Terdapat juga cef terkenal Itali yang mula menawarkan piza nanas sebagai langkah inovasi dan menangkis prejudis makanan.