info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Belanja lebih RM300 di Rembayung, wanita beri rating 6.5/10... Cuma puji sambal tempoyak, kopi

Lead Image

SELERA setiap individu sememangnya berbeza, ada yang gemarkan masakan tradisional dengan rasa pedas cili manakala ada yang lebih sukakan rasa lemak dan berempah.

Bagi mereka yang gemarkan lauk kampung, restoran milik Khairul Aming iaitu Rembayung sudah tentu menjadi salah satu pilihan untuk menjamu selera.

Menerusi Threads, seorang wanita berkongsi pengalaman menikmati hidangan di restoran tersebut selepas sekian lama melihat ia tular di media sosial.

Dia secara peribadi memberikan rating keseluruhan 6.5/10 dan mengakui lebih gemarkan restoran lain untuk rasa lauk kampung yang lebih autentik.

Pelanggan kongsi pengalaman pertama makan di Rembayung, siap bagi rating satu demi satu menu yang dicuba.

Antara menu paling mengecewakannya ialah siput sedut masak lemak berharga RM35.90 yang diberikan rating 2/5 kerana siput didakwa tidak segar selain terdapat serpihan kulit dalam kuah.

Bagaimanapun, sambal tempoyak daun kayu menepati seleranya apabila markah penuh 5/5 diberikan.

MENARIK DIBACA: Tabiat minum 3 liter air gas sehari bawa padah, doktor keluarkan 35 biji batu karang dari pundi kencing

MENARIK DIBACA: Dari Kopitiam ke 1 Utama: ‘Teh Tarik Nation’ sambung tradisi minuman ikonik Malaysia

Selain itu, menu sotong sambal tumis petai pula menerima rating 3/5 kerana sambal didakwa sedikit manis dan kurang 'kick' mengikut cita rasanya.

Bagaimanapun dia sedar selera setiap individu adalah berbeza khususnya untuk menu sambal tumis, tetapi bagi dirinya secara peribadi, dia tidak akan memesannya lagi.

"Telur masak kicap RM15.90 - 4/5. Anak cakap sedap, but bawang dah rasa hangit. It's OK asal anak gembira kita ons!

"Set ikan rebus dan budu picit RM22.90 - 2/5. A big 'no' for the price, teringat singey budu!

"Ikan siakap sambal petai hijau RM68.90- 4.2/5. Saiz besar, sesuai big group! Lepas tu diaorang goreng panas-panas. Taste, sama je dengan sambal hijau yang lain," katanya memberi pendapat.

Bagaimanapun, dia memberikan pujian terhadap kopi santan dengan rating 10000/10.

Komen netizen.

"Kita 'rasa-rasa' dan mostly semua lauk tak habis then decide untuk tapau je.

"Nak pergi lagi untuk masa terdekat, maybe not. For hype, boleh je cuba OK. Harga memang pricey tau Total 'burn' RM325.00," katanya. 

Dia juga berpandangan harga makanan dibayar tidak berbaloi dengan rasa sajian dinikmati. 

"Sebenarnya tak berbaloi for that price. We are OK to pay kalau betul-betul the food memberi. 

"Tapi semalam most of the siput dah potong separuh then bila dah separuh dipotong habis serpihan siput pecah dalam kuah. Benda tu irritating betul. Ada siput yang disedut dah bau," dakwanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kedai piza kena scam! Pelanggan sunting gambar guna AI demi tuntut 'refund'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Hasif Upin nak muntah makan nasi lemak matcha, seram tengok ayam hijau - "Tak rasa bersalah ke?"

Terhangat