info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Bajet RM150 seminggu, boleh beli barang dapur lengkap! Wanita kongsi tip, elak terlebih belanja

Lead Image

NAMPAK promosi, terus ambil. Ada tawaran ‘beli dua percuma satu’, makin susah hendak menolak. Akhirnya tiba di kaunter pembayaran, jumlahnya jauh tersasar dari bajet.

Situasi itu biasa berlaku kepada mak-mak lebih-lebih lagi apabila melihat terlalu banyak tawaran menarik di pasar raya.

Seorang pengguna Threads berkongsi bagaimana dia mengurus bajet RM150 membeli barangan dapur bagi tempoh seminggu untuk keluarga kecil terdiri daripada tiga orang.

“Dulu saya masuk pasar raya tanpa senarai. Nampak promosi terus masuk troli. Nampak ‘buy 2 free 1’ juga ambil.

“Balik rumah baru sedar barang banyak, tapi tak tahu nak masak apa. Keluarga kecil saya tiga orang saja,” kongsinya.

Kongsinya, kini dia lebih teratur dengan membahagikan RM150 mengikut kategori serta menentukan menu terlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah.

1. RM50 untuk protein

Protein menjadi antara peruntukan terbesar kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis hidangan. 

Antara pilihan yang boleh dibeli termasuk ayam, telur, ikan atau tauhu.

2. RM30 untuk sayur dan buah

Cadang wanita itu, pilih sekitar tiga hingga empat jenis bahan boleh dipelbagaikan sepanjang minggu.

Cara ini juga memudahkan bahan makanan dihabiskan sebelum rosak.

Individu ini membahagikan RM150 mengikut kategori seperti protein, sayur dan buah, karbohidrat serta barang dapur.

3. RM25 untuk karbohidrat dan barang asas

Beras, mi, roti dan kentang antara bahan boleh dimasukkan dalam kategori ini.

Jika stok di rumah masih mencukupi, lebih baik gunakan dahulu apa yang ada sebelum membuat pembelian baharu.

MENARIK DIBACA: 'Resign' kerja bank demi buka kafe, usahawan berjaya bangkit lepas 2 kali hampir bankrap

MENARIK DIBACA: Peniaga kongsi ramuan buat serbuk perasa, sesuai untuk pelbagai jenis masakan

4. RM25 untuk barang dapur

Baki RM25 pula diperuntukkan bagi bahan yang digunakan untuk menyediakan hidangan.

Antaranya termasuk bawang, bawang putih, cili, sos, santan dan rempah.

5. RM20 untuk kudap-kudapan

Bajet rendah untuk membeli snek, susu, yogurt atau makanan kudap-kudap digemari keluarga.

6. Tentukan menu sebelum berbelanja 

Cuba rancang sekurang-kurangnya enam menu utama bakal dimasak untuk seminggu.

Dengan cara ini, pembelian dibuat berdasarkan menu dirancang. 

Tentukan lima hingga enam menu utama bakal dimasak pada setiap minggu.

7. Sediakan makanan untuk seminggu

Amalkan cara memasak makanan sejuk beku untuk kegunaan sepanjang minggu. Sesetengah barangan dibeli boleh disediakan lebih awal dan bertahan lebih dari seminggu. 

8. Jangan membeli ketika lapar

Elakkan membeli barangan dapur ketika perut kosong kerana ketika lapar, hampir semua makanan di rak nampak menarik.

Seperti kata wanita itu, RM150 boleh bertukar menjadi RM230 dengan sangat pantas jika membeli tanpa perancangan.

Jadi, sebelum menolak troli masuk ke pasar raya, mungkin tidak salah untuk semak stok di rumah dan tetapkan menu terlebih dahulu.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ada sebab orang dulu-dulu tak guna sabun cuci lesung batu, cuma jirus air panas

Terhangat